Monday, March 5, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Waaaaaaaa.. lama betul tak update blog ni.. dah bersawang nampaknya ni.. maklumlah busy..

Ok.. macam biasa 4 Mac ni tarikh bersejarah untuk saya. Pada tarikh inilah saya dilahirkan ke dunia. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi wish birthday saya hari ni sama ada di laman muka buku, tagged dan juga sms. Doa kalian adalah hadiah yang bernilai untuk saya.

Terima kasih juga buat ibu tercinta. Hari ni kita makan satay dan kek berdua. Walaupun simple je kita sambut, tapi bermakna.

Insya'Allah, dah 23 tahun usia saya. Saya cuba didik hati saya dan perbaiki kekurangan diri. TQ Allah.. Terima kasih semua.. Love you all..

Sunday, January 29, 2012

ALLAH LOVE ME.. CEMBURUKAH ALLAH?


Ya!! Allah juga cemburu,
Kerana kita hamba-Nya ini
sering melebihkan kecintaan kepada yang lain..
Sering memuji dan memuja yang lain..

Bila Allah cemburu,
Akan ditarik rasa tenang dari hati kita..
Akan hilang rasa-rasa cinta dari dalam hati kita..

Terima kasih, ya Allah kerana cemburu..
Cinta-Mu dapatku rasa...

Untuk lelaki yang mencintaiku,
 Jodoh datang dari TIGA iaitu Allah, jin dan syaitan..
Semoga cinta dan jodoh kita datang dari Allah..
Tak perlu luahkan dengan kata-kata
Biar bicara mata mentafsir cinta kita..
Dari mata turun ke hati..
Andai awak kembali (datang meminang), awak adalah tercipta untuk saya
dan andai tidak,
saya tak akan kekal menanti awak di sini
sebab cinta Allah kepada saya lebih hebat daripada cinta kita...


Saturday, January 28, 2012

HALAL LAGI BERSIH

Sekarang, saya sudah memasuki bidang fesyen dan jahitan secara tak langsung akan memasuki dunia perniagaan. Nabi bersabda, "9/10 rezeki adalah dari perniagaan".. Selalu kita dengar hadith ni kan.. Huhu.. tak nak kupas tentang hadith ni. Sebab rasanya semua dah faham dan jelas maksudnya.

Tapi hari ni, saya nak kupas sedikit mengenai topik "halal lagi bersih". Mungkin ada yang terlepas pandang. Selalu kita risau mengenai bisnes atau perniagaan membuat makanan dan juga kuih-muih. Biasanya melibatkan bahan-bahan yang digunakan sama ada benar-benar halal atau logo halal yang ada hanya untuk mengaburi mata pengguna sahaja.

Tapi hari ni, saya tak nak sentuh bisnes makanan dan kuih-muih. Hari ni saya nak kongsi dengan semua mengenai bisnes fesyen dan pakaian. Insya'Allah, satu hari nanti saya juga akan bergelar full time dressmaker. Berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu yang saya ada sepanjang bergelar penuntut Islamic Finance dulu, Insya'Allah saya cuba berkongsi dengan pembaca ( kalau ada pembaca lah). Hehehe..

Anda pernah terfikir tak bagaimana bisnes fesyen dan pakaian ni boleh jatuh hukum haram? Sedangkan kita tak perlukan logo halal dari JAKIM seperti kuih-muih dari proses pengeluaran hinggalah pakaian tersebut dipakai oleh pengguna. Sedar atau pun tidak, semasa kita menerima tempahan daripada pelanggan. Biasanya kita akan penuhi permintaan mereka terutamanya pelanggan wanita. Biasanya pelanggan wanita, akan up to date dalam fesyen. Tak kiralah dari yang berjubah hinggalah pakaian yang tak cukup kain (faham-faham sendirilah ye). Then sebagai dressmaker, kita pun ikut je la kehendak pelanggan walaupun baju yang dia nak pakai tu nanti macam orang berkemban.

Sebagai dressmaker, kita sebenarnya berhak menolak tempahan baju yang seksi-seksi. Disebabkan kita sebagai dressmaker ni sudi terima tempahan baju yang seksi ni, menyebabkan ramailah pelanggan yang nak pakai baju-baju tersebut.  Disebabkan tak nak rugi pada bisnes, kita sanggup terima tempahan baju-baju seksi. Walhal, kalau kita menolak tempahan tersebut, sekuarng-kurangnya kita melambatkan proses pelanggan tadi untuk memakai baju yang sedemikian. Mungkin kita tak mampu menghalang pelanggan tadi untuk mencari dressmaker yang lain untuk tempahan tadi. At least, kita berusaha untuk tidak menjadi asbab pelanggan tadi memakai baju tersebut. Kita pun sedia maklum, pakaian yang bagaimana yang dianjurkan dalam Islam



Saturday, January 14, 2012

HASIL KERJA


Sampel Kolar Baju Kemeja Dewasa

Ok.. Pic ni adalah salah satu hasil kerja saya menimba ilmu di GIAT MARA. Sepanjang seminggu saya menuntut ilmu di sana, saya sudah berjaya menghasilkan sampel kolar, kocek baju kemeja, kocek baju Melayu dan kocek baju koprat atau uniform. Huhu.. Maaf pic ini tak clear sangat untuk tunjukkan hasil jahitannnya dengan lebih dekat. Saya tak dapat nak tunjukkan hasil kerja saya yang lain sebab folder saya dah penuh dengan gambar-gambar yang saya sayang nak delete. Huhuhu.. Sorry. 

Apa pun, bila kita berjaya melakukan sesuatu kerja, kita rasa puas. Tapi bagi saya sampel kolar ni masih ada kekurangannya. Banyak lagi yang perlu saya improve walaupun tenaga pengajar kata, that is ok and no need to repair and redo. Ok.. Nanti kalau ada masa, saya akan upload pic hasil kerja yang lain pulak kat blog ni. Mugkin juga sampel kolar yang lebih cantik atau sampel baju. Tungguuuuuuuuuuuuu...

~SEKIAN~