Sekarang, saya sudah memasuki bidang fesyen dan jahitan secara tak langsung akan memasuki dunia perniagaan. Nabi bersabda, "9/10 rezeki adalah dari perniagaan".. Selalu kita dengar hadith ni kan.. Huhu.. tak nak kupas tentang hadith ni. Sebab rasanya semua dah faham dan jelas maksudnya.
Tapi hari ni, saya nak kupas sedikit mengenai topik "halal lagi bersih". Mungkin ada yang terlepas pandang. Selalu kita risau mengenai bisnes atau perniagaan membuat makanan dan juga kuih-muih. Biasanya melibatkan bahan-bahan yang digunakan sama ada benar-benar halal atau logo halal yang ada hanya untuk mengaburi mata pengguna sahaja.
Tapi hari ni, saya tak nak sentuh bisnes makanan dan kuih-muih. Hari ni saya nak kongsi dengan semua mengenai bisnes fesyen dan pakaian. Insya'Allah, satu hari nanti saya juga akan bergelar full time dressmaker. Berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu yang saya ada sepanjang bergelar penuntut Islamic Finance dulu, Insya'Allah saya cuba berkongsi dengan pembaca ( kalau ada pembaca lah). Hehehe..
Anda pernah terfikir tak bagaimana bisnes fesyen dan pakaian ni boleh jatuh hukum haram? Sedangkan kita tak perlukan logo halal dari JAKIM seperti kuih-muih dari proses pengeluaran hinggalah pakaian tersebut dipakai oleh pengguna. Sedar atau pun tidak, semasa kita menerima tempahan daripada pelanggan. Biasanya kita akan penuhi permintaan mereka terutamanya pelanggan wanita. Biasanya pelanggan wanita, akan up to date dalam fesyen. Tak kiralah dari yang berjubah hinggalah pakaian yang tak cukup kain (faham-faham sendirilah ye). Then sebagai dressmaker, kita pun ikut je la kehendak pelanggan walaupun baju yang dia nak pakai tu nanti macam orang berkemban.
Sebagai dressmaker, kita sebenarnya berhak menolak tempahan baju yang seksi-seksi. Disebabkan kita sebagai dressmaker ni sudi terima tempahan baju yang seksi ni, menyebabkan ramailah pelanggan yang nak pakai baju-baju tersebut. Disebabkan tak nak rugi pada bisnes, kita sanggup terima tempahan baju-baju seksi. Walhal, kalau kita menolak tempahan tersebut, sekuarng-kurangnya kita melambatkan proses pelanggan tadi untuk memakai baju yang sedemikian. Mungkin kita tak mampu menghalang pelanggan tadi untuk mencari dressmaker yang lain untuk tempahan tadi. At least, kita berusaha untuk tidak menjadi asbab pelanggan tadi memakai baju tersebut. Kita pun sedia maklum, pakaian yang bagaimana yang dianjurkan dalam Islam