DOA KETIKA MENGULANGKAJI:
1) "Ya Allah, aku memohon daripada-Mu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah, jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepada-Mu, hatiku dipenuhi dengan takut kepada-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki"..
2) "Ya Allah, sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepada-Mu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa di atas segala sesuatu"..
DOA KETIKA MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN:
"Wahai Tuhanku, masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang mulia. Dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"..
DOA KETIKA MENERIMA KERTAS SOALAN:
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan lidahku, supaya mereka faham perkataanku"..
DOA KETIKA SUKAR MENJAWAB:
1) "Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendiri-Nya. Dengan rahmat-Mu aku bermohon pertolongan"..
2) "Ya Allah, tidak ada kesenangan melainkan pada Engkau jadikan kesenangan padanya. Dan Engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki"..
DOA KETIKA TERLUPA JAWAPAN:
"Ya Allah, Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"..
AMIN..
SEMOGA BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT..
( ^^ , )
Wednesday, October 27, 2010
Monday, October 25, 2010
Nak tahu tak???
Nak tahu tak???
Sampai hari ni,
Kita masih tak percaya
Abah dah tak ada
Sebab kita tak sempat jumpa jenazah abah..
Yang tinggal cumalah pusara
Sebagai mercu tanda jasadnya telah bersemadi..
Nak tahu tak???
Membina hati yang redha itu sukar
Menahan sebak & airmata itu payah
Jadi usah ditanya tentang redha..
Kerana setiap ketetapan dari-Nya
Anugerah terindah buat hamba-Nya
Meskipun tersembunyi..
Nak tahu tak???
Kita nak ucap terima kasih Mak..
Bagi peluang kita belajar
Masuk universiti & duduk negeri orang
Dapat rasa naik kapal terbang..
Nak tahu tak???
Semua ni tak terluah dengan kata-kata
Mungkin pena pengganti bicara
Sebagai wadah luahan jiwa...
SEKALUNG DOA & AL-FATIHAH BUAT AYAH TERCINTA..
MOHD NOR BIN SAID (1 SEPTEMBER 2009)
JUTAAN TERIMA KASIH BUAT IBU TERSAYANG..
JAMALIAH BINTI AMIN
ATAS DORONGAN & KEPERCAYAANMU...
Subscribe to:
Posts (Atom)