Monday, October 25, 2010

Nak tahu tak???


Nak tahu tak???
Sampai hari ni,
Kita masih tak percaya
Abah dah tak ada
Sebab kita tak sempat jumpa jenazah abah..
Yang tinggal cumalah pusara
Sebagai mercu tanda jasadnya telah bersemadi..

Nak tahu tak???
Membina hati yang redha itu sukar
Menahan sebak & airmata itu payah
Jadi usah ditanya tentang redha..
Kerana setiap ketetapan dari-Nya
Anugerah terindah buat hamba-Nya
Meskipun tersembunyi..

Nak tahu tak???
Kita nak ucap terima kasih Mak..
Bagi peluang kita belajar
Masuk universiti & duduk negeri orang
Dapat rasa naik kapal terbang..

Nak tahu tak???
Semua ni tak terluah dengan kata-kata
Mungkin pena pengganti bicara
Sebagai wadah luahan jiwa...

SEKALUNG DOA & AL-FATIHAH BUAT AYAH TERCINTA..
MOHD NOR BIN SAID (1 SEPTEMBER 2009)


JUTAAN TERIMA KASIH BUAT IBU TERSAYANG..
JAMALIAH BINTI AMIN
ATAS DORONGAN & KEPERCAYAANMU...



No comments:

Post a Comment