Perempuan: Kenapa awak suka buat sistem barter?
Lelaki: Dalam dunia ni, kita tak akan dapat sesuatu tu dengan percuma.
Segalanya mesti minta balasan. Termasuklah cinta kita ni.
Perempuan: Erk? Macam tak ikhlas je tu? Apa-apa yang awak buat, semuanya awak nakkan balasan.
Lelaki: Saya memang harapkan balasan. Kalau saya bagi cinta, saya nak awak bagi rindu. Kalau saya bagi setia, saya nak awak balasnya dengan sayang. Sistem barterlah tu.
Perempuan: ( ^_____^ )
******
Sweetkan? Huhuhu.. I hope someone say like that to me one day. Betul jugakan? Dalam cinta pun, kita perlukan sistem barter. Senang cerita give and take, memberi dan menerima. Kalau tak, kita akan pentingkan diri sendiri. Tak sudi menerima, apatah lagi memberi. Dalam cinta, kita sama merasa.
~ Adaptasi dari cerpen penulisan2U by Rehan Makhtar ~
Kalau cerpen tersebut menghuraikan cinta antara lelaki dan perempuan, saya di sini ingin menambah sedikit dengan skop cinta itu dengan lebih luas lagi.
Begitu tu juga cinta sesama saudara khususnya saudara sesama muslim. Wujudnya sistem barter. Ada give and take sama ada secara langsung mahupun tak langsung. Kadangkala, kita di atas, manakala saudara kita yang lain berada di bawah (ditimpa kesusahan). Bagi yang berkemampuan, bantulah mereka yang memerlukan. Insya'Allah, Tuhan akan membantu kita jika kita yang ditimpa musibah dan mengirimkan kepada kita saudara yang lain pula untuk membantu kita. Directly sistem barter dari Allah s.w.t. Cuma cepat atau lambat sahaja Tuhan kirimkan pertolongan-Nya. Bagi yang masih menemui jalan buntu kepada masalahnya, take it as a Kifarah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak sempurna Iman seorang muslim itu sehingga mereka mengasihi saudara mereka sepertimana mereka mengasihi diri mereka sendiri"
(al-Hadith)
Ayuh, peliharalah cinta sesama saudara sama ada susah mahupun senang. Bukankah give and take, memberi dan menerima dengan sesama saudara itu lebih baik? Don't be selfish. So, tak nak taip panjang.
Ukhuwah filah abadan abada..
~ SEKIAN ~
No comments:
Post a Comment