Tuesday, April 19, 2011

MENGHARGAI DAN MENYAYANGI

Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai. Allah selalu memberi peluang kepada kita berjumpa dengan insan untuk kita sayangi. Adakah kita menggunakan peluang itu dengan sebaiknya? Cukup mudah melafazkan "aku menghargai insan yang menyayangiku". Namun realitinya tidak begitu mudah seperti yang dilafazkan.

Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar menjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna dari wang ringgit.

Ibarat kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, 
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
Kerana ia akan sakit oleh bisa ketajaman mata kailmu 
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia hidup

Begitu juga jika kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja 
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu 
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Belajarlah menghargai insan yang menyayangimu. Apatah lagi kedua ibu bapamu. "Sebelum mata rapat terpejam, usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan"...

No comments:

Post a Comment