Friday, June 17, 2011

MY SENIOR AND ME


Nampaknya tahun 2011, senior-seniorku telah berjaya menamatkan pengajiannya. Doaku semoga kalian sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Ketahuilah bahawa kehidupan selepas belajar adalah lebih mencabar. Inginku coretkan di sini bahawa kenangan sewaktu belajar adalah pengalaman yang indah. Setelah bekerja dan berkerjaya nanti, pastinya kenangan sewaktu belajar yang terpahat di hati buat selama-lamanya. Jika masa dapat diundur semula, pasti ada yang ingin kembali ke zaman persekolahan mahupun menuntut di universiti.


Di sini juga inginku coretkan jutaan terima kasih buat kalian yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang kita mengenali satu sama lain di universiti ini. Jangan lupa mendoakan kejayaanku dengan izin-Nya mengikuti jejak langkahmu di mercu kejayaan. Andai dipanjangkan umur, kita akan bertemu lagi di majlis konvokesyen dan juga majlis persandingan masing-masing. Hehehe..


All the best buat kalian. Special to Mama Priya, Dece, Norazlin dan Noraina. Tak lupa juga pada Mimie, Sittah dan Jue.. My ex-roomates di Manikar. Kenangan kita akan terus bersemadi.

No comments:

Post a Comment