Friday, June 17, 2011

PERJALANANKU KE RANAU, SABAH

 Tahun Baru Cina yang lepas, saya dan 2 orang rakan tidak melepaskan peluang bercuti ke Ranau, Sabah berkunjung ke rumah rakan kami, Dece Thomas. Cuti-cuti save bajet namanya. Tak perlu kos penginapan. hehehe.  Memandangkan cuti yang terhad, kami tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing di sekitar semenanjung tanah air. Perjalanan kami bermula seawal jam 6.30 pagi dari kampus bertolak ke terminal feri. Dari Labuan ke Menunbok mengambil masa kira-kira 3 jam dengan menaiki feri kenderaan dengan tambang RM5.

Keadaan di dalam feri:

Mama Priya dan Kak Lin

Of course me.. Yana.. feel sleepy.. hehe

Kami tiba di tanah besar Menunbok, Sabah kira-kira jam 10.00 pagi. Sementara menunggu bas, kami sempat menjamu selera di sebuah gerai.

Lapar beb!!! kami order banyak..

Yang paling jenuh, time tunggu bas. Sambil lepak-lepak untuk reduce and release tension, sempat possing kat sekitar Menumbok ni..
Mama Priya feel tired..

Yana dengan beg barunya..

Kak Lin dengan kasut barunya.. Kus semangat!!

Bas tiba kira-kira jam 12.00 tengah hari. Disebabkan tunggu penumpang penuh, bas mula bertolak dari Menumbok ke Kota Kinabalu jam 2.00 petang dengan tambang RM14. Perjalanan dari Menunbok ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam. Kami tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 4 petang.

Di Kota Kinabalu, kami tak sempat snap gambar. Kami terus catch up teksi untuk ke Ranau dengan tambang RM25 satu kepala. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau mengambil masa 3 jam menghala ke Kundasang. Di Kundasang, kami sempat snap gambar Gunung Kinabalu.

Kat dalam kereta je kami snap.. hehe.. kualiti kurang memuaskan.. sorry ye

Kami tiba di Ranau kira-kira jam 6.30 petang. That's all from me. Memang meletihkan tetapi berbaloi nampak Gunung Kinabalu btul-betul kat depan mata. Di rumah Kak Dece pun, kami masih lagi dapat melihat Gunung Kinabalu dengan jelas. Sesungguhnya percutian kami ke Ranau dapat mengubati kekecewaan kami yang tidak dapat pulang ke kampung halaman. Now, i really miss it, Gunung Kinabalu..

"Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi saya sayang kamu
Biru-biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh
Hati saya rindu"...

No comments:

Post a Comment