Wednesday, August 10, 2011

PELIKNYA?

Nak tahu tak apa yang pelik? Ok, baca dialog ni. Tapi ni bukan cerita sebenar. Cuma situasi macam ni banyak berlaku.

*******

Cik Kiah: Kau belajar ambik course apa? Kau ambik ijazahkan?

Aku: Yup. Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam.

Cik Kiah: Ooh.

Aku: Ija ada kat rumah mak cik? Lama tak jumpa dia.

Cik Kiah: Ada. Baru balik dari kampus semalam.

Aku: Oo ye ke? Kirim salam kat dia ye. Hehe nak jalan-jalan jenguk dia tak sempat. Cuti semester tak serentak.

Cik Kiah: Hehe. Nak buat macam manakan. Kau kat IPTA. Dia kat private collage. Private collage dengan IPTA cutinya masing-masing. Kau ambik degree. Dia ambik diploma.

Aku: Hehe.. rezeki masing-masing mak cik. Tak kisahlah ambik apa-apa pun. Yang pentingnya niat nak belajar tu ada.

Cik Kiah: Tapi aku nak tengok, sapalah antara kau orang ni yang paling bagus dapat kerja.

Aku: Terdiam je.

*******
Ha.. pelik tak? Ad juga yang masih berfahaman begitu ye.

Nak storylah sikit kat sini, kalau kita study kat menara gading semata-mata nak dapat kerja yang bagus tu memanglah tak salah. Tapi kita kena ingat, mempunyai kelayakan akademik hanyalah satu tiket untuk kita kejar cita-cita mendapat pekerjaan yang bagus bukannya satu jaminan. Saya tegaskan di sini, hanya TIKET tetapi bukan JAMINAN!!

Dewasa ini, menuntut ilmu di menara gading  kerana ingin menjadi insan berilmu bukan kerana KERJA. Bahkan hukum menuntut ilmu adalah fardhu.

Hadith Rasulullah s.a.w:
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap muslim, baik lelaki mahupun wanita"
(Hadith riwayat Ibn Abdulbari)

"Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China"
(al-Hadith)

Jelaslah di sini kita memang dituntut mencari ilmu dan menjadi insan berilmu. Menuntut ilmu bukan untuk mengejar pangkat dan kedudukan tetapi memenuhi tuntutan agama. Walaupun tidak sejauh ke negeri China kita menuntut ilmu, sekurang-kurangnya niat kita menutut ilmu di menara gading itu ikhlas. ( ^__^ )

Jadi betulkanlah tanggapan itu ye.. Ingat, Ilmu itu sebagai teman. Kedudukan dan pangkat itu sebagai hiasan.

p/s: Entry ini mengajar diri aku sendiri supaya tidak bersifat angkuh.

Monday, August 8, 2011

WORK WORK WORK!!! part 2

p/s: Ini sambungan entry WORK WORK WORK!!!

Alhamdulilah.. berkat memahami konsep tawakal yang sebenar, akhirnya saya sudahpun bekerja semula di kedai jahit mak cik saya sendiri.  Hehehe.. Saya ditugaskan menjahit baju "customer" mak cik saya. Tapi seni jahitan tangan. Macam jahitan tulang belut, silang pangkah, sembat dll...

Haa.. ni harga standardnya..

Tulang belut 1 helai = RM10
Silang pangkah 1 helai = RM2

Tapi tak kisahlah mak cik saya nak bagi gaji saya berapa. As long as, saya ada kerja dan ada peluang up grade kualiti jahitan saya. huhu..  Still in learning process. Lagipun saya memang suka menjahit. Yang penting hasilnya cantik dan memuaskan. One more thing, bisnes partner mak cik saya pun dah suruh saya menjahit.. Alhamdulilah..

Itulah pentingnya tawakal. Rezeki ada di mana-mana. Janganlah kerana rezeki sedikit yang Tuhan dah bagi, kita lupa pada Tuhan.

Tuesday, August 2, 2011

TANAH KUBUR

p/s: Entry ni agak panjang dan jangan takut dengan tajuknya.. hehehe.. Sila baca apa-apa ayat yang patut kalau anda ada lemah jantung dan sakit-sakit kronik.. :-)


Sempena bulan Ramadan yang berkah ini pasti ramai yang mengambil kesempatan dan peluang menziarahi pusara insan tercinta yang telah meninggalkan kita. Alhamdulilah.. Bagus tu..

Tapi sedih jugalah. Ada juga yang sibuk bekerja dan langsung tidak mempunyai masa untuk menziarahi pusara insan tercinta SEHINGGALAH TERDAPAT DIALOG ANTARA IBU DAN ANAKNYA YANG BERUSIA  4 TAHUN:

******
Anak: Ibu, kenapa nenek ditinggalkan di rumah kecil hari tu?

Ibu: Rumah kecil itu khusus untuk orang yang telah meninggal dunia.

Anak: Ooh begitu. Bila kita akan pergi melawat rumah kecil nenek lagi ye ibu?

Ibu: Bila ibu ada masa nanti, kita jenguk lagi rumah kecil nenek, ye.. Sekarang ni, ibu tak ada masa. Kerja membataskan waktu untuk kita ziarah ke sana.

Anak: Baiklah ibu. Tapi kesian nenek ye ibu. Sorang-sorang kat sana. Tak ada sapa-sapa nak bagi makan dan minum. Mesti nenek laparkan ibu? Rumah kecil nenek mesti gelap dan sempit.

Si ibu hanya tersenyum dan hanya mampu berdiam diri kerana tidak mampu menjawab soalan yang diajukan oleh si anak yang masih tidak memahami erti kehidupan selepas mati.

******

Menurut pandangan saya yang masih kurang ilmu pengetahuan, seharusnya si ibu menjawab begini:

"Nenek tak perlukan makanan ataupun minuman anakku. Nenek hanya perlukan doa, ayat-ayat suci al-Quran dan amalan-amalan soleh yang lain sebagai hadiah untuk kehidupannya di sana. Jadi rajin-rajinlah berdoa untuk nenek ye. Ingat satu hari nanti, ibu juga akan menyusul nenek. Waktu tu, jangan lupa doakan ibu wahai anakku kerana ibu dah tak mampu nak buat amal-amal soleh lagi untuk menerangi rumah kecil ibu"....

Jika anda ingin memupuk anak-anak anda sentiasa mendoakan anda, seringkalilah bawa anak-anak anda ke pusara keluarga anda dan doakanlah mereka. Insya'Allah, anak-anak anda tidak lupa untuk mendoakan anda sewaktu anda masih hidup dan setelah anda meninggal dunia. Budaya ziarah ke pusara dan mendoakan orang lain perlu dipupuk dan bukannya hanya mengharapkannya sahaja...

p/s: Entry ni juga untuk ingatan diri sendiri. Al-Fatihah untuk keluargaku yang telah meninggalkan dunia ini..