p/s: Ini sambungan entry WORK WORK WORK!!!
Alhamdulilah.. berkat memahami konsep tawakal yang sebenar, akhirnya saya sudahpun bekerja semula di kedai jahit mak cik saya sendiri. Hehehe.. Saya ditugaskan menjahit baju "customer" mak cik saya. Tapi seni jahitan tangan. Macam jahitan tulang belut, silang pangkah, sembat dll...
Haa.. ni harga standardnya..
Tulang belut 1 helai = RM10
Silang pangkah 1 helai = RM2
Tapi tak kisahlah mak cik saya nak bagi gaji saya berapa. As long as, saya ada kerja dan ada peluang up grade kualiti jahitan saya. huhu.. Still in learning process. Lagipun saya memang suka menjahit. Yang penting hasilnya cantik dan memuaskan. One more thing, bisnes partner mak cik saya pun dah suruh saya menjahit.. Alhamdulilah..
Itulah pentingnya tawakal. Rezeki ada di mana-mana. Janganlah kerana rezeki sedikit yang Tuhan dah bagi, kita lupa pada Tuhan.
No comments:
Post a Comment