Nak tahu tak apa yang pelik? Ok, baca dialog ni. Tapi ni bukan cerita sebenar. Cuma situasi macam ni banyak berlaku.
*******
Cik Kiah: Kau belajar ambik course apa? Kau ambik ijazahkan?
Aku: Yup. Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam.
Cik Kiah: Ooh.
Aku: Ija ada kat rumah mak cik? Lama tak jumpa dia.
Cik Kiah: Ada. Baru balik dari kampus semalam.
Aku: Oo ye ke? Kirim salam kat dia ye. Hehe nak jalan-jalan jenguk dia tak sempat. Cuti semester tak serentak.
Cik Kiah: Hehe. Nak buat macam manakan. Kau kat IPTA. Dia kat private collage. Private collage dengan IPTA cutinya masing-masing. Kau ambik degree. Dia ambik diploma.
Aku: Hehe.. rezeki masing-masing mak cik. Tak kisahlah ambik apa-apa pun. Yang pentingnya niat nak belajar tu ada.
Cik Kiah: Tapi aku nak tengok, sapalah antara kau orang ni yang paling bagus dapat kerja.
Aku: Terdiam je.
*******
Ha.. pelik tak? Ad juga yang masih berfahaman begitu ye.
Nak storylah sikit kat sini, kalau kita study kat menara gading semata-mata nak dapat kerja yang bagus tu memanglah tak salah. Tapi kita kena ingat, mempunyai kelayakan akademik hanyalah satu tiket untuk kita kejar cita-cita mendapat pekerjaan yang bagus bukannya satu jaminan. Saya tegaskan di sini, hanya TIKET tetapi bukan JAMINAN!!
Dewasa ini, menuntut ilmu di menara gading kerana ingin menjadi insan berilmu bukan kerana KERJA. Bahkan hukum menuntut ilmu adalah fardhu.
Hadith Rasulullah s.a.w:
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap muslim, baik lelaki mahupun wanita"
(Hadith riwayat Ibn Abdulbari)
"Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China"
(al-Hadith)
Jelaslah di sini kita memang dituntut mencari ilmu dan menjadi insan berilmu. Menuntut ilmu bukan untuk mengejar pangkat dan kedudukan tetapi memenuhi tuntutan agama. Walaupun tidak sejauh ke negeri China kita menuntut ilmu, sekurang-kurangnya niat kita menutut ilmu di menara gading itu ikhlas. ( ^__^ )
Jadi betulkanlah tanggapan itu ye.. Ingat, Ilmu itu sebagai teman. Kedudukan dan pangkat itu sebagai hiasan.
p/s: Entry ini mengajar diri aku sendiri supaya tidak bersifat angkuh.
No comments:
Post a Comment