Tuesday, November 15, 2011

PEMANSUHAN PPSMI

Walaupun isu PPSMI atau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris  ini agak lapuk, saya tidak mahu ketinggalan dalam memberikan pandangan. Saya pun salah seorang pelajar. Jadi tak salah rasanya saya ingin memberi sedikit cadangan dan pandangan berbentuk peribadi. Hehehe..

Baru-baru ini kita mendengar, TPM menwar-warkan pemansuhan PPSMI. Namun pemansuhan PPSMI ini mewajibkan calon-calon SPM lulus Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka mendapat sijil SPM. Secara peribadi, Ya.. Saya bersetuju dengan tindakam TPM kita yang juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Pelaksanaan PPSMI sebenarnya tidak dapat memperkasa Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Sebaliknya memungkinkan kemerosotan prestasi pelajar-pelajar dalam subjek Sains dan Matematik terutamanya pelajar di luar bandar. Itu baru menyentuh hal-hal pelajar. Belum lagi dengan isu guru-guru yang juga mempunyai masalah untuk bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Tahukah anda, saya juga merupakan salah seorang pelajar di IPTA? But my english is not good before. Sekarang pun masih tak bagus lagi, tapi improve la. Hehehe. Saya dapat menguasai Bahasa Inggeris setelah saya menjalani kehidupan sebagai mahasiswi yang menampakkan persekitaran dan sekeliling saya bertutur dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.  Mahu tidak mahu, saya tidak mempunyai pilihan. Saya terpaksa bertutur dalam Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi walaupun mula-mulanya Bahasa Inggeris yang saya gunakan "BROKEN".

Cadangan saya di sini, untuk memperkasa Bahasa Inggeris, tidak salah rasanya jika kertas Bahasa Inggeris UPSR, PMR dan SPM digubal mengikut format MUET atau Malaysian University English Test mengikut level masing-masing. Kalau diperingkat UPSR, gunakan pendekatan yang lebih mudah. Begitu juga yang seterusnya.

MUET mengandungi 4 kertas iaitu "reading", "listening", "speaking" dan "writting".  Calon-calon MUET dipaksa bekerja keras untuk mendapat keputusan yang baik sekurang-kurangnya Band 3. Rasanya kalau diperingkat UPSR, PMR dan SPM, tak perlulah diwujudkan Band 1 hingga Band 6. Cukuplah dengan gred asal A+ dan ke bawah bagi memastikan sekurang-kurangnya pelajar dapat berkomunikasi, mendengar, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan yakin walaupun  Bahsa Inggerisnya masih lagi "BROKEN". Barulah Bahasa Inggeris dapat diperkasa dengan membentuk keyakinan para pelajar terlebih dahulu untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Sekurang-kurang Bahasa Inggeris mereka pun improve walaupun tidak mendapat gred yang cemerlang seterusnya melayakkan mereka mendapat sijil SPM. Keadah ini rasanya lebih berkesan kalau dibandingkan dengan pelaksanaan PPSMI dan juga ujian lisan Bahasa Inggeris yang hanya memerlukan para pelajar menghafal skrip seperti yang dilaksanakan sekarang.

p/s: sekadar pendapat dan cadangan.

No comments:

Post a Comment