Saturday, July 2, 2011

POP CORN MUDAH

Assalamualaikum..

Hari ni sekali lagi saya nak kongsikan 1 lagi resepi, iaitu buat pop corn. Saya tahu pop corn memang digemari oleh semua golongan dan lapisan masyarakat. So, tak payahlah kita membazir nak beli pop corn.  Sebenarnya kita boleh buat sendiri kat rumah walaupun kita tak ada mesin pembuat pop corn.

Bahan-bahan:

Untuk menggoreng:


  • 1 cawan bertih jagung (ikut kesesuaian saiz periuk @ kuali sebenarnya)
  • Minyak masak secukupnya ( lagi elok guna minyak masak jagung)


Untuk menyira:


  • Bertih jagung yang siap sedia digorengkan
  • Mentega/ majerin secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Pewarna (kalau tak letak pun tak apa. ni nak kasi cantik je :D)
ni bertih jagungnya ye.. bukan jagung biasa taw.. :-)

Cara-cara membuatnya:

Untuk menggoreng:

Masukkan bertih jagung ke dalam kuali @ periuk dan letakkan minyak masak mengikut paras bertih jagung tadi. Panaskan dan tutup periuk @ kuali tadi dengan penutup supaya bertih jagung tidak bertaburan semasa digoreng. Tunggu sehingga bertih jagung tadi berhenti dari bunyi "pop", barulah boleh dibuka dan di angkat. (tu yang agaknya namanya pop corn kot.. :-D ) Awas, jangan hangus ye.. huhuhu

Untuk menyira:

Masukan minyak masak, majerin dan gula ke dalam kuali dan panaskan. Kacau bahan-bahan tadi hingga sebati. Masukan pewarna dan kacau sebati. Kemudian masukkan bertih jagung telah digoreng tadi. Kacau bahan-bahan tadi hingga rata dan cantik. (tapi jangan sampai hancur taw and jangan sampai hagus). Angkat dan sedia dihidang.

ni lah hasilnya :-)

ni lah bertih jagung yang siap digoreng dan disira. tapi saya tak bubuh pewarna.

SELAMAT MENCUBA!! Rasa sekali, ingat selamanya...

No comments:

Post a Comment