Beberapa hari yang lepas, saya ada terbaca salah satu entry di blog sepupu saya yang bertajuk "Dengan Siapa Kita Bertawakal"
begini entrynya..
****
“Engkau percaya rezeki itu daripada siapa?” tanya sahabat saya ketika sedang enak-enak menikmati nasi lemak dan milo ‘O’ panas di Kampung Baru.
“Tentulah dari Allah,” balas saya yakin.
“Aku nak kau berhenti kerja esok, boleh?”
“Gila apa kau? Bagaimana aku hendak beri anak bini aku makan?” cepat-cepat saya meningkah saranannya. Ada senyuman sinis di wajahnya.
“Jadi sekarang kau sebenarnya percaya rezeki itu daripada Allah atau majikan kau?” sahabat saya menyambung pertanyaannya. Saya terdiam, mata rasa berpinar-pinar, jantung berdegup kencang dan terasa peluh memercik di dahi.
“Ini soal akidah,” bisik hati ini.
“Kalau engkau percaya rezeki itu daripada Allah, apapun yang terjadi atau apapun yang hendak engkau buat, pergantungannya adalah kepada Allah bukan kepada apa-apa perantara. Majikan atau sesiapa sahaja adalah perantara sahaja,” sambung sahabat saya itu lagi melihatkan saya terdiam lama.
Pertemuan kami pagi itu yang pada asalnya adalah untuk bertanya khabar selepas lama tidak bertemu menjadi perbualan mencambah pemikiran tentang hakikat rezeki, perubahan sikap dan berani menghadapi risiko.
Saya juga kini mula menyemak semula hakikat tawakal yang sebenar.
Credit to Sunardi Maulan
*****
Jadi, apa kaitannya dengan entry saya kali ini? Erm sebenarnya saya sudah bekerja di sebuah kedai kasut di pekan berhampiran dengan tempat tinggal saya. Alhamdulilah, pengalaman kali pertama bekerja untuk mencari rezeki memang menyoronokkan. Sepanjang 22 tahun bergelar penuntut, saya memang tidak pernah bekerja. Sedikit sebanyak, mengajar saya menghargai setiap pekerjaan yang dilakukan orang lain kerana setiap orang di muka bumi ini pasti menjalankan tugasnya masing-masing. Bukan sewenang-wenangnya memandang rendah terhadap tugas mereka walaupun hanya sebagai "cleaner".
Berbalik kepada konsep tawakal tadi, saya bekerja bermula dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Waktu rehat diperuntukan selama 1 jam sahaja dari 2.30 petang hingga 3.30 petang. Alhamdulilah syukur, ada waktu yang diperuntukan untuk saya solat zohor. Namun apa yang menyedihkan, tiada peruntukkan waktu yang diberikan untuk saya solat asar bagi memenuhi tuntutan seorang muslimah. Cukuplah dengan tiada bilik solat yang disediakan untuk staff di sana. Setiap kali saya ingin solat zohor, saya menumpang di sebuah kedai baju yang berhampiran dengan tempat saya bekerja. Namun untuk solat asar, saya terpaksa menunaikannya di akhir waktu (jam 7 petang setalah saya pulang) di sebuah koperasi berhampiran. Jadi bagaimana nanti jika waktu magrib masuk pada jam 7 petang?
Walaupun rezeki yang dicari halal, namun di manakah keberkatannya? Solat di akhir waktu dan rakan sejawat tidak pernah menunaikan solat. Jadi kesimpulannya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan daripada saya menanggung menunaikan solat di akhir waktu. Rezeki ada di mana-mana. Sesungguhnya saya serahkan semuanya kepada Allah kerana saya percaya rezeki itu datang dari Allah, ada di mana-mana sahaja. Tawakal kepada Allah.. Because Allah is always by your side...
p/s: Insya'Allah saya cuba memahami konsep tawakal yang sebenar dan cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment