Saturday, July 30, 2011

RAMADAN


Ramadan bakal menjengah kembali tahun ini. Tinggal 2 hari sahaja lagi.
Sudah menjadi rutin, menziarahi pusara ayah tercinta. Istimewanya, saya sediakan bunga rampai ini sendiri. Cantik tak?  :-)

Namun, bukan bunga rampai ini yang ingin saya kongsikan dalam entry saya kali ini. Setiap kali Ramadan menjelma, saya dan ibu berasa sebak memandangkan pemergian ayah tercinta pada bulan Ramadan sejak 2 tahun yang lalu.

Menginsafi diri, mungkinkah Ramadan ini Ramadan terakhir buat kami? Atau kami masih berpeluang bertemu Ramadan, tahun yang berikutnya... 


Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Dilipatan seni mehna Illahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat terawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Pengikat hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan anggota
Puasa biasa hanya melawan
Lapar dan dahaga
Lalu dimanakah puasa kita
Adakah masih ditahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa dan duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir bertasbih
Terasa kita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan pada-Nya segala takdir

No comments:

Post a Comment