Friday, October 21, 2011

AKU SUDAH BERTUNANG

p/s: masih lagi dalam mood berjiwang-jiwang.. like like like..

Cincin lambang pertunangan

"Kau dah tunang? Kenapa tak bagi tau? Kecik hati aku. Kitakan kawan dari kecik.."

Ok.. masyarakat kita sinonim sangat dengan pertanyaan macam kat atas tu kan? Untuk menjawab soalan kat atas tu lets me describe first maksud bertunang.

Bertunang dari segi bahasa adalah perjanjian peribadi. Bertunang dalam konteks lainnya ialah perjanjian peribadi yang persetujui oleh pihak perempuan dan lelaki yang hanya melibatkan urusan keluarga kedua-dua belah pihak. 

Berbalik pada persoalan tadi, ingin saya tegaskan di sini bertunang itu ialah perjanjian peribadi yang hanya melibatkan urusan keluraga. So, kita tak nampak kepentingan pihak-pihak lain untuk diundang. Kalau diundang pun biasanya atas budi bicara yang empunya diri.

Rasulullah bersabda:
Rahsiakanlah pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan
(al-Hadith)

Dalam Islam, bertunang itu tidak perlu dihebahkan bagi melindungi maruah pihak perempuan terutamanya jika pertunangan itu nanti tidak sampai ke jinjang pelamin atas sebab-sebab tertentu. Dan pihak lelaki pula perlu menutup aib dan tidak menceritakan kelemahan  pihak perempuan dan begitu juga sebaliknya (jika ada) yang menyebabkan pertunangan itu tidak dapat diteruskan.

Tapi apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ini adalah sebaliknya. Majlis bertunang dilangsungkan bagai menyambut hari perkahwinan beserta pelamin. Islam melarang penganutnya berlebih-lebihan (membazir) dalam sesuatu perkara sebaliknya menuntut kesederhanaan. Jadi, renung-renungkanlah.

Hakikat kehidupan, sememangnya kita telah bertunang dengan kematian. Ini adalah perjanjian kita dengan Allah s.w.t sejak dari Lauhul Mahfudz lagi. "Kelahiran kita di dunia hanya dengan izin Allah, tetapi kematian itu pasti. Jika ditanya, "bilakah kamu nak bertunang? Umur dah lanjut tu. Tak ada calon ke?" Jawablah dengan yakin bahawa "aku sudah bertunang dengan kematian yang sememangnya Allah telah janjikan buatku." ( ^__^ )

Semoga kita mengambil ibrah (pengajaran) terhadap kematian yang terdahulu dan bersedia dengan pertunangan yang sememangnya pasti. Moga jannah menjadi singgahsana di alam sana. Amin. Maaf kalau tajuk entry ni agak sensasi.

Wednesday, October 19, 2011

CINTAN CINTUN

p/s: mood nak berjiwang-jiwang.. hahaha.. jgn marah.


Ok.. biasanya kawan-kawan tanya, dah ada yang empunya ke? My answer is simple. "I'm single". How to describe here r? Rasanya saya macam tak layak untuk suka seseorang (lelaki).  Sungguh saya malu apabila menyentuh bab ini. Tak tahu kenapa waima perkara ini tidak salah untuk dibicarakan. Siapalah saya untuk suka atau cintan-cintun dengan lelaki. Kalau boleh, biarlah lelaki yang sukakan saya. Bukan saya yang tersua-sua sukakan lelaki. Huhuhu.. Bunyinya macam jual mahal ye tak? Tapi saya tak bermaksud macam tu. Complicated? Harap yang baca entry ni faham maksud saya.

Kalau saya ada "boyfriend" pun saya tak berani nak declare he is my future husband or husband to be. Macam nak booking-booking tu tak berani. Huhu.. Siapalah kita nak tentukan semua ini melainkan Allah. Kalau boleh kita jaga dulu urusan kita dengan Allah then Allah akan atur dan mudahkan urusan kita termasuklah urusan jodoh. Ada masanya, kita sendiri tidak sedar apakah yang kita rasa? Siapakah yang kita cinta? Segalanya milik Allah dan bila Dia titipkan rasa itu dihati kita, biar siapapun yang tercipta untuk kita, relakanlah diri menjadi miliknya. ( ^__^ )



Kata cerdik pandai, "jika sayangkan seseorang setialah padanya walaupun dia tak tahu yang kita sayangkan dirinya. Sekiranya dia memilih orang lain dan bukan diri kita, terimalah hakikat bahawa dia juga berhak bahagia walaupun bukan dengan kita. Sekiranya dia juga sayangkan kita, tak perlulah kita luahkan dengan kata-kata kerana dia mungkin boleh baca dengan hanya bicara mata." Tapi untuk yang bergelar lelaki, janganlah ambik kata-kata ni. Nanti melepas pulak. Hahaha..

Pesanan ini khas untuk bakal suami saya yang saya sendiri masih lagi tak tahu siapa:


"Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukanlah mencari dirimu, tetapi mensolehahkan diriku.  Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku dan ayah dari anak-anakku engkau yang akan menyertai perjalananku nanti. Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak."

Saya tak mengharapkan akhlakmu seindah Muhammad kerana diriku tak sehebat Siti Khadijah.
Saya juga tak mengharapkan dirimu setampan Yusuf kerana diri ini tak secantik Zulaikha.
Saya tak mengharapkan kamu sehebat Sulaiman kerana diriku tak sesetia Balqis.
Ketahuilah diriku tak setabah srikandi Islam zaman silam, seperti Zinnirah yang mengorbankan matanya demi akidah mahupun  Sumaiyyah yang bertarung nyawa.
   Saya hanyalah wanita biasa.
Apa yang saya harapkan adalah kita jalani hidup sebagai hamba Allah yang diredhai-Nya bersama.

Amin...


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, iaitu kerana kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaanya. Nescaya beruntunglah kedua belah tanganmu"
(Hadith riwayat Muslim & Bukhari)

Sunday, October 16, 2011

MARI IKUT SUNNAH


"Aku tinggalkan kepada umatku 2 perkara supaya mereka tidak sesat iaitu al-Quran dan as-Sunnah"
(al-Hadith)

Jadi, saya mengajak diri saya dan kawan-kawan yang sudi singgah ke blog ini untuk mengamalkan sunnah Rasulullah. Sebenarnya banyak lagi sunnah Rasullah yang lain tapi kita terlepas pandang. Kalau kita tak mampu amalkan sunnah yang lain, sunnah yang kecil-kecil ini boleh kita amalkan bersama macam kartun kat atas tu :-)

Tapi yang sunnah yang paling senang adalah senyum. Mungkin kita tak mampu membantu orang lain untuk menikmati kesenangan tapi cukuplah kita mampu tersenyum, menggembirakan hati orang lain dan tidak menyusahkan orang lain. Ok, senangkan sunnah nabi kita.. Jom kita amalkan.

Wednesday, October 12, 2011

3 TOUGH QUESTIONS

p/s: Animasi ini saya perolehi daripada facebook Ustaz Zamri. Saya cuma share sahaja. Insya'Allah, semoga dengan adanya hiburan mendidik jiwa ini, kita dapat manfaat bersama. Amin. Hayati mesej sebenarnya ye. :-) Harapnya, banyak lagi animasi sebegini diterbitkan.



Tuesday, October 11, 2011

BAYAR PTPTN GUNA CIMB CLICKS

Malas nak beratur kat kaunter? Kaunter sesak dengan orang ramai? Jalan jem atau kita tak banyak masa untuk ke kaunter-kaunter bank. Hari ni aku nak share cara-cara  bayar balik PTPTN melalui CIMB Clikcs.. Boleh juga bayar guna Maybank2U. Cuma paparan dan stepnya aje yang beza sikit.

Senang aje, asalkan ada butir-butir yang diperlukan. Cara-caranya ialah login CIMB Clicks account. Lepas tu pilih option "Pay Bills".. Untuk colums, pilih "Payment to", sila cari dalam drop down menu atas nama "PTPTN-Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan". Lagi, kena masukkan No.i.c dan No. surat tawaran. Yang No. surat tawaran ni, boleh rujuk surat tawaran yang masa mula-mula kita nak pinjam dengan PTPTN dulu. Ada lagi tak? Ke "offer letter" dah hilang? hehehe.. jangan risau.. Boleh pergi ke laman web PTPTN, ada ruang pertanyaan dan maklumbalas. Tanya je kat situ. Akan dapat jawapannya dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.

So, lepas dah dapat No. surat tawaran ni, bolehlah bayar terus melalui CIMB Clicks.




Mudahkan? Nak lagi mudah sebab nak bayar every month, bolehlah masukkan PTPTN ni dalam favourite list. So, tak payah nak tunggu Request TAC lama-lama setiap kali nak buat bayaran. huhuhu.. Just share, what i know..  sharing is caring.

Monday, October 3, 2011

SRIKANDI CEKAL

PN. AZLINA BINTI NGADENI

p/s: Ketabahan srikandi ini telah membuka hati saya untuk menghantar satu entry khas buat beliau. Tapi hanya ringkasan aje tau.. hehehe.. tak semuanya diceritakan..

Dilahirkan pada 8 Jun 1976, mendapat pendidikan awal di Sek Keb Seri Kemajuan. Kemudian meneruskan pengajiannya di SMK Tun Ismail sehingga berjaya menempatkan dirinya di sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak asing bagi kita, Universiti Teknologi Malaysia. Kegigihan dan kecekalan hati wanita ini, membuka mata dan hati saya bahawa setiap dugaan dan kesukaran yang dihadapi akan membuahkan hasil sekiranya kita sedar "Usaha tangga kejayaan" di samping percaya qada' dan qadar Tuhan.

Di sebalik senyuman wanita ini, terdapat pahit manis dalam kehidupan silamnya sebelum beliau berjaya. Sejarah hidupnya bermula apabila beliau kehilangan ibu tercinta  pada tahun 1989. Beliau membesar bersama 3 lagi saudara perempuannya dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang kakak dan juga ibu. Waima pernah diherdik dan dicaci oleh ibu tirinya, beliau berjaya membuktikan cercaan dan makian bukanlah tembok penghalang untuk ke menara gading. Namun langit tak selalunya cerah. Beliau pernah dibuang dari pengajiannya dan seterusnya merayu untuk menyambung kembali pengajiannya. 6 tahun bergelumang dengan kehidupan siswazah, akhirnya beliau berjaya mendapatkan segulung ijazah pada tahun 2001. Pernah bekerja di sekitar Kuala Lumpur dan W.P Labuan selama 2 tahun.

Selamat mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan kini dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel lagi petah berkata-kata. Kini beliau bergelar bisnes woman berjaya walaupun hanya di rumah. Menjual loli choc dan pelbagai kuih-muih sehingga mendapat tempahan di Korea.

Kata cerdik pandai, kita memang sentiasa mengaharap langit agar panas sampai ke petang tetapi kadangkala  gerimis melanda di tengah hari. Tapi percayalah, pelangi tak pernah lupa menjelmakan dirinya setiap kali gerimis mengundang. Begitulah juga dengan usaha kita dalam hidup ini. Penuh dengan dugaan dan cabaran. Jika berjaya kita tempuhi, hasilnya pasti seindah warna pelangi.

Semoga kecekalan hati wanita ini mampu kita contohi untuk berjaya dalam apa-apa pun yang kita lakukan. Amin.. :-D

Sunday, October 2, 2011

TERAPKAN JIWA PENDIDIK


Beberapa bulan yang lalu, saya sempat membaca keratan akhbar yang menyatakan kelayakan menjadi tenaga pengajar di insitusi pengajian tinggi atau pensyarah perlu memiliki PHD. Bermakna, yang ada "master" kena "upgrade" ambik PHD. Tapi negara kita masih kekurangan tenaga pengajar atau pensyarah yang memegang kelayakan PHD. Jadi, insitusi pengajian tinggi yang ada di negara ini akan mengambil tenaga pengajar asing yang memiliki PHD. Namun perkara ini masih lagi dalam kajian.

Walau bagaimanapun, secara peribadi saya berpendapat memiliki kelayakan tertinggi dalam bidang akademik tidak semestinya mempunyai jiwa pendidik dan bukan semua boleh mendidik.Kalau kita ambil tenaga pengajar asing yang memegang PHD, banyaklah kes pengangguran. Rasanya ramai lagi warganegara kita ini berhasrat untuk menjadi pensyarah. Tapi janganlah terlalu memilih ke mana dan di mana tempat anda ditugaskan. Tidak salah rasanya jika pensyarah yang ada hari ini hanya pemegang "master" untuk mengajar tetapi memiliki karisma yang tersendiri untuk menjadi warga pendidik yang berkualiti.

Kalau seseorang ingin menjadi guru di sebuah sekolah menegah mahupun sekolah rendah perlu melalui ujian bertulis dan temuduga, diikuti dengan kursus-kursus yang dianjurkan bagi menerapkan jiwa pendidik dalam diri seorang guru, tidak salah rasanya jika pensyarah perlu mengikuti latihan ataupun kursus untuk menjadi warga pendidik yang berkualiti di insitusi pengajian tinggi di negara kita sekali gus menerapkan nilai dan jiwa pendidik dalam diri mereka.

Tenaga pengajar yang mempunyai jiwa pendidik, mereka tidak seharusnya membiarkan pelajar "tidur" di dalam kelas atau ponteng kelas.  Kalau students tidur dalam kelas, adalah tu something was not right. Sama ada students memang tak nak belajar ataupun kaedah mengajar itu yang membosankan. huhuhu.. think about it. Walaupun sistem IPT hari ini 80% is depend to the student and 20% lagi bergantung kepada tenaga pengajar, tetapi bagi individu yang memiliki jiwa pendidik tidak akan membiarkan pelajar-pelajarnya sambil lewa. Pelajar berkualiti, tenaga pengajar pun berkualiti. Isn't?


Saturday, October 1, 2011

ULAT

Perjalanan aku bermula dari Labuan ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia bersama ibu tercinta setelah selesai segala urusan di kampus. Maklumlah nak pindah study kat semenanjung je.

SETIBANYA DI KUALA LUMPUR: Pukul 1.00 tengahari

Kami nak balik Johor dengan perkhidmatan bas. I suggest nak naik bas KKKL, S&S I dan mana-mana bas ekspress yang sah kat bas station Puduraya.

Terkejut juga dengan perkhidmatan bas kat LCCT ke Puduraya. Ingatkan mereka hantar ke bas station. Rupa-rupanya mereka hantar aku kat tengah-tengah bandar Puduraya. Apa yang berlaku kat sini, bas-bas "gelap" ataupun istilah lainnya "haram" banyak beroperasi kat tengah-tengah bandar ni. Tak ada pun bas-bas ekspress yang sah kat sini.

Huh!!!  ( = . = )"

Setakat bas "haram" tu aku boleh terima lagi. Biasalah orang nak cari duit. "Matlamat tak menghalalkan cara". Am I right? Tapi aku benggang betul dengan ulat-ulat tiket ni. Setakat nak cari customer tu biasalahkan macam minta upah dan sebagainya. Tapi ulat-ulat tiket ni, punyalah kurang sopan layan customer. Semua muka "dia orang" macam gengster nak belasah orang atau lebih tepat lagi geng peras ugut.

Aiiyoo.. Ini macam ka service pada customer. Dah lah "haram". Budi bahasa tak ada. Nak charge lebih pun mintalah cara baik. Harga tiket tulis RM31 tapi jual RM35. Tu aku tak kisah sangat. Finelah dia orang nak kutip untung. Kalau aku jadi "ulat" macam mereka, baik aku tulis harga tiket RM35. Nak ambik untung RM4, customer tak tahu. Betul tak?? hahaha.. Tak profesional sungguh dia orang ni. "Terror" lagi aku.

Tapi "ulat" yang jual tiket kat aku tu memang "ulat bulu". Gatal miang keladi. Dah lah tua, tak sedar diri pulak tu. Bolehnya dia minta no hp aku dengan mak aku. Siap panggil kami "sayang". That's fine sebab aku jawab tak de hp.. hahahaha.. Lepas tu dia pegang bagasi aku and then belek-belek tax name kat bagasi aku. Apa lagi, aku hangin la!! Aku tarik bagasi aku tu. Mujur aku tak hempap dia dengan bagasi besar aku.. hahaha.. Dah lah sau bas yang kami naik tu dipenuhi dengan warga asing. Rasa betul-betul terancam dan tak selamat memandangkan kami sahaja perempuan dan  bertaraf warganegara. Nasib baik aku berdua dengan mak. Kalau aku seorang, memang aku naik flight je ke Johor walaupun flight pukul 10 malam. Huh!! Bertambah benggang.

I hate this situation. Rasa tertipu dengan perkhidmatan bas kat LCCT. Mereka sepatutnya bagi perkhidmatan yang baik dan betul pada customer. Bukan tipu-tipu. Keselamatan customer tu penting. Kalau apa-apa terjadi pada customer, siapa nak bertanggungjawab?? "Customer is always right". Ingat tu...!!!

Aku serik dengan perkhidmatan bas yang mereka sediakan. Lepas ni, kalau disuruh naik bas dari LCCT ke Johor, aku tak nak. I prefer, ambik flight dari LCCT ke SENAI je yang macam selalu aku buat. Sampai sekarang aku geram sangat-sangat!!!!