Monday, October 3, 2011

SRIKANDI CEKAL

PN. AZLINA BINTI NGADENI

p/s: Ketabahan srikandi ini telah membuka hati saya untuk menghantar satu entry khas buat beliau. Tapi hanya ringkasan aje tau.. hehehe.. tak semuanya diceritakan..

Dilahirkan pada 8 Jun 1976, mendapat pendidikan awal di Sek Keb Seri Kemajuan. Kemudian meneruskan pengajiannya di SMK Tun Ismail sehingga berjaya menempatkan dirinya di sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak asing bagi kita, Universiti Teknologi Malaysia. Kegigihan dan kecekalan hati wanita ini, membuka mata dan hati saya bahawa setiap dugaan dan kesukaran yang dihadapi akan membuahkan hasil sekiranya kita sedar "Usaha tangga kejayaan" di samping percaya qada' dan qadar Tuhan.

Di sebalik senyuman wanita ini, terdapat pahit manis dalam kehidupan silamnya sebelum beliau berjaya. Sejarah hidupnya bermula apabila beliau kehilangan ibu tercinta  pada tahun 1989. Beliau membesar bersama 3 lagi saudara perempuannya dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang kakak dan juga ibu. Waima pernah diherdik dan dicaci oleh ibu tirinya, beliau berjaya membuktikan cercaan dan makian bukanlah tembok penghalang untuk ke menara gading. Namun langit tak selalunya cerah. Beliau pernah dibuang dari pengajiannya dan seterusnya merayu untuk menyambung kembali pengajiannya. 6 tahun bergelumang dengan kehidupan siswazah, akhirnya beliau berjaya mendapatkan segulung ijazah pada tahun 2001. Pernah bekerja di sekitar Kuala Lumpur dan W.P Labuan selama 2 tahun.

Selamat mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan kini dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel lagi petah berkata-kata. Kini beliau bergelar bisnes woman berjaya walaupun hanya di rumah. Menjual loli choc dan pelbagai kuih-muih sehingga mendapat tempahan di Korea.

Kata cerdik pandai, kita memang sentiasa mengaharap langit agar panas sampai ke petang tetapi kadangkala  gerimis melanda di tengah hari. Tapi percayalah, pelangi tak pernah lupa menjelmakan dirinya setiap kali gerimis mengundang. Begitulah juga dengan usaha kita dalam hidup ini. Penuh dengan dugaan dan cabaran. Jika berjaya kita tempuhi, hasilnya pasti seindah warna pelangi.

Semoga kecekalan hati wanita ini mampu kita contohi untuk berjaya dalam apa-apa pun yang kita lakukan. Amin.. :-D

No comments:

Post a Comment