Cincin lambang pertunangan
"Kau dah tunang? Kenapa tak bagi tau? Kecik hati aku. Kitakan kawan dari kecik.."
Ok.. masyarakat kita sinonim sangat dengan pertanyaan macam kat atas tu kan? Untuk menjawab soalan kat atas tu lets me describe first maksud bertunang.
Bertunang dari segi bahasa adalah perjanjian peribadi. Bertunang dalam konteks lainnya ialah perjanjian peribadi yang persetujui oleh pihak perempuan dan lelaki yang hanya melibatkan urusan keluarga kedua-dua belah pihak.
Berbalik pada persoalan tadi, ingin saya tegaskan di sini bertunang itu ialah perjanjian peribadi yang hanya melibatkan urusan keluraga. So, kita tak nampak kepentingan pihak-pihak lain untuk diundang. Kalau diundang pun biasanya atas budi bicara yang empunya diri.
Rasulullah bersabda:
Rahsiakanlah pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan
(al-Hadith)
Dalam Islam, bertunang itu tidak perlu dihebahkan bagi melindungi maruah pihak perempuan terutamanya jika pertunangan itu nanti tidak sampai ke jinjang pelamin atas sebab-sebab tertentu. Dan pihak lelaki pula perlu menutup aib dan tidak menceritakan kelemahan pihak perempuan dan begitu juga sebaliknya (jika ada) yang menyebabkan pertunangan itu tidak dapat diteruskan.
Tapi apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ini adalah sebaliknya. Majlis bertunang dilangsungkan bagai menyambut hari perkahwinan beserta pelamin. Islam melarang penganutnya berlebih-lebihan (membazir) dalam sesuatu perkara sebaliknya menuntut kesederhanaan. Jadi, renung-renungkanlah.
Hakikat kehidupan, sememangnya kita telah bertunang dengan kematian. Ini adalah perjanjian kita dengan Allah s.w.t sejak dari Lauhul Mahfudz lagi. "Kelahiran kita di dunia hanya dengan izin Allah, tetapi kematian itu pasti. Jika ditanya, "bilakah kamu nak bertunang? Umur dah lanjut tu. Tak ada calon ke?" Jawablah dengan yakin bahawa "aku sudah bertunang dengan kematian yang sememangnya Allah telah janjikan buatku." ( ^__^ )
Semoga kita mengambil ibrah (pengajaran) terhadap kematian yang terdahulu dan bersedia dengan pertunangan yang sememangnya pasti. Moga jannah menjadi singgahsana di alam sana. Amin. Maaf kalau tajuk entry ni agak sensasi.
No comments:
Post a Comment