Ok.. biasanya kawan-kawan tanya, dah ada yang empunya ke? My answer is simple. "I'm single". How to describe here r? Rasanya saya macam tak layak untuk suka seseorang (lelaki). Sungguh saya malu apabila menyentuh bab ini. Tak tahu kenapa waima perkara ini tidak salah untuk dibicarakan. Siapalah saya untuk suka atau cintan-cintun dengan lelaki. Kalau boleh, biarlah lelaki yang sukakan saya. Bukan saya yang tersua-sua sukakan lelaki. Huhuhu.. Bunyinya macam jual mahal ye tak? Tapi saya tak bermaksud macam tu. Complicated? Harap yang baca entry ni faham maksud saya.
Kalau saya ada "boyfriend" pun saya tak berani nak declare he is my future husband or husband to be. Macam nak booking-booking tu tak berani. Huhu.. Siapalah kita nak tentukan semua ini melainkan Allah. Kalau boleh kita jaga dulu urusan kita dengan Allah then Allah akan atur dan mudahkan urusan kita termasuklah urusan jodoh. Ada masanya, kita sendiri tidak sedar apakah yang kita rasa? Siapakah yang kita cinta? Segalanya milik Allah dan bila Dia titipkan rasa itu dihati kita, biar siapapun yang tercipta untuk kita, relakanlah diri menjadi miliknya. ( ^__^ )
Kata cerdik pandai, "jika sayangkan seseorang setialah padanya walaupun dia tak tahu yang kita sayangkan dirinya. Sekiranya dia memilih orang lain dan bukan diri kita, terimalah hakikat bahawa dia juga berhak bahagia walaupun bukan dengan kita. Sekiranya dia juga sayangkan kita, tak perlulah kita luahkan dengan kata-kata kerana dia mungkin boleh baca dengan hanya bicara mata." Tapi untuk yang bergelar lelaki, janganlah ambik kata-kata ni. Nanti melepas pulak. Hahaha..
Pesanan ini khas untuk bakal suami saya yang saya sendiri masih lagi tak tahu siapa:
"Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukanlah mencari dirimu, tetapi mensolehahkan diriku. Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku dan ayah dari anak-anakku engkau yang akan menyertai perjalananku nanti. Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak."
Saya tak mengharapkan akhlakmu seindah Muhammad kerana diriku tak sehebat Siti Khadijah.
Saya juga tak mengharapkan dirimu setampan Yusuf kerana diri ini tak secantik Zulaikha.
Saya tak mengharapkan kamu sehebat Sulaiman kerana diriku tak sesetia Balqis.
Ketahuilah diriku tak setabah srikandi Islam zaman silam, seperti Zinnirah yang mengorbankan matanya demi akidah mahupun Sumaiyyah yang bertarung nyawa.
Saya hanyalah wanita biasa.
Ketahuilah diriku tak setabah srikandi Islam zaman silam, seperti Zinnirah yang mengorbankan matanya demi akidah mahupun Sumaiyyah yang bertarung nyawa.
Saya hanyalah wanita biasa.
Apa yang saya harapkan adalah kita jalani hidup sebagai hamba Allah yang diredhai-Nya bersama.
Amin...
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, iaitu kerana kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaanya. Nescaya beruntunglah kedua belah tanganmu"
(Hadith riwayat Muslim & Bukhari)
No comments:
Post a Comment