Sunday, December 18, 2011

ASSALAMUALAIKUM CINTA


A lot of my friend ask to me, who is your special boyfriend? Then, I said to them, "I hope, someone knock to my heart and say "Assalamualaikum cinta". Huhu.. Insya'Allah, I try to open my heart to accept him and I want to spend my life time with our love. Wah.. gitu..

Actually, I don't think to describe about love again, again and again. But a few days ago, I received an invitation wedding card. Only one word can be describe the dialogue. Awesome!! Terharu rasanya.

" I dream of a wedding of elaborate elegance
A ceremony filled with family and friends..
I ask him, what kind of a wedding he wished for
He said one that would make me his wife.."

I wish my future husband say to me like that. Huhu.. but honestly, I tell you..  I'm the special in my family (no siblings). Ditambah lagi dengan ketiadaan arwah ayah tercinta. Saya hanya ada mak. Jadi saya fikir, mana mungkin saya dapat adakan majlis perkahwinan. Ermm.. Persoalannya, siapa yang sudi menyumbang tenaga dan masa untuk menjadi wakil (tuan rumah lelaki) bagi menggantikan posisi arwah abah? Nampaknya cuma majlis akad nikah sahajalah yang saya rancangkan, menjemput bapa saudara sebagai wali. Keberatan sangat nak buat kat hotel, sebab makan belanja yang besar. Buat kat rumah lagi jimat. Huhu..

Harapan nak buat majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah punah sekelip mata bila arwah abah pergi untuk selama-lamanya. Posisi jadi tuan rumah ni berat tanggungjawabnya bagi memastikan majlis berlangsung dengan jayanya. Ermm tak mau lagilah susahkan orang. Buat majlis doa selamat je la nanti..

Buat yang sudi menghulurkan salam cinta (future husband) kepadaku..,
tak ada apa-apa yang saya dapat buat untuk majlis perkahwinan kita.
maaf tau..
cuma ini pesan saya,
tengok soalan math ini, lihat penyelesaiannya dan awak akan faham isi hati saya:

9x -7i > 3 (3x -7u)
= 9x -7i > 9x - 21u
= 9x - 7i - 21u
=  -7i < 21u
= i <3 u
= i love you#

so, don't forget to knock my heart and say "Assalamualaikum Cinta". I am still waiting for you. Jawapan pada salam awak tu, saya dah jawab dengan soalan math kat atas ni. Huhuhu.. Persoalannya, siapakah yang sudi menghulurkan salam cinta untukku. Huhuhu... Jiwangnya aku..




Monday, December 12, 2011

SISTEM BARTER: CINTA KITA



Perempuan: Kenapa awak suka buat sistem barter?

Lelaki: Dalam dunia ni, kita tak akan dapat sesuatu tu dengan percuma.
Segalanya mesti minta balasan. Termasuklah cinta kita ni.

Perempuan:  Erk? Macam tak ikhlas je tu? Apa-apa yang awak buat, semuanya awak nakkan balasan.

Lelaki: Saya memang harapkan balasan. Kalau saya bagi cinta, saya nak awak bagi rindu. Kalau saya bagi setia, saya nak awak balasnya dengan sayang. Sistem barterlah tu.

Perempuan: ( ^_____^ )

******

Sweetkan? Huhuhu.. I hope someone say like that to me one day. Betul jugakan? Dalam cinta pun, kita perlukan sistem barter. Senang cerita give and take, memberi dan menerima. Kalau tak, kita akan pentingkan diri sendiri. Tak sudi menerima, apatah lagi memberi. Dalam cinta, kita sama merasa.

~ Adaptasi dari cerpen penulisan2U by Rehan Makhtar ~

Kalau cerpen tersebut menghuraikan cinta antara lelaki dan perempuan, saya di sini ingin menambah sedikit   dengan skop cinta itu dengan lebih luas lagi. 

Begitu tu juga cinta sesama saudara khususnya saudara sesama muslim. Wujudnya sistem barter. Ada give and take sama ada secara langsung mahupun tak langsung. Kadangkala, kita di atas, manakala saudara kita yang lain berada di bawah (ditimpa kesusahan). Bagi yang berkemampuan, bantulah mereka yang memerlukan. Insya'Allah, Tuhan akan membantu kita jika kita yang ditimpa musibah dan mengirimkan kepada kita saudara yang lain pula untuk membantu kita. Directly sistem barter dari Allah s.w.t. Cuma cepat atau lambat sahaja Tuhan kirimkan pertolongan-Nya. Bagi yang masih menemui jalan buntu kepada masalahnya, take it as a Kifarah. 

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak sempurna Iman seorang muslim itu sehingga mereka mengasihi saudara mereka sepertimana mereka mengasihi diri mereka sendiri"
(al-Hadith)

Ayuh, peliharalah cinta sesama saudara sama ada susah mahupun senang. Bukankah give and take, memberi dan menerima dengan sesama saudara itu lebih baik? Don't be selfish. So, tak nak taip panjang.
Ukhuwah filah abadan abada..

~ SEKIAN ~

Friday, December 9, 2011

KEKASIHKU GELAP


Sekarang ni banyak cerita di media massa mengenai masyarakat kita yang jadi mangsa keldai dadah, penipuan black money, penipuan menerima ganjaran atau barang dari luar negara yang memerlukan bayaran tertentu untuk menuntut barang berkenaan dan macam-macam lagi cerita yang kurang enak untuk kita dengar.

Kebanyakkannya mangsa-mangsa ini terpedaya dengan pujuk rayu kekasih yang mereka kenali dari laman sosial. Dalang di sebalik sendiket penipuan ini ramai melibatkan warga kulit hitam. Mereka dipercayai bijak menuturkan kata-kata romantis dan janji-janji manis sebagai umpan kepada mangsa. Sumber mendapati, mereka mempunyai sekolah elit agar bijak menyusun ayat manis untuk memikat mangsa. Hurmmm.. tak hairanlah mereka bijak mengumpan mangsa. Itulah panahan cinta "kekasihku gelap". Hehehe..

Tapi yang menghairankan saya, kenapalah gadis-gadis tempatan masih lagi tak sedar dengan isu-isu sebegini. Walhal sudah berbuih media massa menwar-warkan supaya gadis-gadis kita lebih berwaspada kerana golongan wanita adalah sasaran utama dan lebih mudah termakan pujuk rayu. 

Untuk si gadis,
Tolonglah wahai gadis-gadis remaja, anda adalah harapan keluarga dan pewaris nusa bangsa. Usah bertemu dengan rakan laman sosial anda bersendirian. Lebih elok lagi, tidak bertemu langsung dan tidak menerima sebarang tawaran istimewa dari mereka. Nak kata mereka tu handsome, handsome lagi atuk saya. Janganlah mudah terpedaya dengan kata-kata manis "kekasihmu yang gelap". Pasakkan perisai dihatimu agar anda matang membuat pertimbangan yang baik dan buruk. Kesedaran diri sendiri adalah solusi terbaik bagi masalah ini.

SEKIAN..


Monday, December 5, 2011

FINAL DESTINATION

Lelaki A:  Bro, dah tengok citer "Final Destination" baru tak? Orang kata best, tapi aku tak sempat nak tengok lagi Bro.

Lelaki B: Huh! Aku dah tengok "Final Destination". Selalu aku tengok sorang je. In case, kau nak tengok, jom la sekali.

Lelaki A: Betul ke ni Bro!! Cayalah, kite nak pegi tengok kat mana? Aku boleh start tengok tiket online.

Lelaki B: Ala, boleh tengok free aje, tu kubur belakang surau tu, hari-hari boleh tengok. Kan "Final Destination" kita tu.

Lelaki A: @^*_%&#! Huu.. Betul sangatlah tu Bro...

" Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan". (21:35)

Friday, November 25, 2011

APAM COKLAT SENYUM


Hehe.. malunya nak bagitau apa yang terjadi di sebalik resepi apam coklat senyum ini sebenarnya. Sebenarnya saya teringin nak buat apam coklat sendiri. Jadi saya mengambil inisiatif untuk mencari resepi tersebut di internet lalu mencubanya. Alhamdulilah, hasilnya seperti gambar di atas, sedap dan lembut. Tetapi, mengikut resepi asal, apam coklat ini apam coklat biasa bukannya apam coklat senyum. Tapi bila saya mencubanya, saya lihat apam coklat ini senyum (terbelah tiga) dengan sendirinya setelah saya kukus. Huhuhu.. buat malu je.. Nampak sangat saya ni tak pandai buat kuih. Kesudahannya saya cuba menutup kesilapan saya ini dengan menamakannya sebagai apam coklat senyum. Jadinya, SENYUM, TAK PERLU KATA APA-APA. Hahaha..

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

1. Panaskan pengukus  yang berisi air  hingga mendidih
2. Mix semua bahan-bahan menggunakan mixer atau blender
3. Masukkan dalam acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
4. Siap dan hidang. Rasa keenakannya sama seperti kek coklat.

p/s: untuk bakal mak mertua dan bakal suami, please jangan reject saya ye di atas kekurangan yang saya tak pandai buat kuih. Huhuhu. Jadi pada sesiapa yang tak pandai masak tu, boleh cuba resepi ni. Mudah, ringkas dan enak. ( ^__^ )

Tuesday, November 15, 2011

PEMANSUHAN PPSMI

Walaupun isu PPSMI atau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris  ini agak lapuk, saya tidak mahu ketinggalan dalam memberikan pandangan. Saya pun salah seorang pelajar. Jadi tak salah rasanya saya ingin memberi sedikit cadangan dan pandangan berbentuk peribadi. Hehehe..

Baru-baru ini kita mendengar, TPM menwar-warkan pemansuhan PPSMI. Namun pemansuhan PPSMI ini mewajibkan calon-calon SPM lulus Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka mendapat sijil SPM. Secara peribadi, Ya.. Saya bersetuju dengan tindakam TPM kita yang juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Pelaksanaan PPSMI sebenarnya tidak dapat memperkasa Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Sebaliknya memungkinkan kemerosotan prestasi pelajar-pelajar dalam subjek Sains dan Matematik terutamanya pelajar di luar bandar. Itu baru menyentuh hal-hal pelajar. Belum lagi dengan isu guru-guru yang juga mempunyai masalah untuk bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Tahukah anda, saya juga merupakan salah seorang pelajar di IPTA? But my english is not good before. Sekarang pun masih tak bagus lagi, tapi improve la. Hehehe. Saya dapat menguasai Bahasa Inggeris setelah saya menjalani kehidupan sebagai mahasiswi yang menampakkan persekitaran dan sekeliling saya bertutur dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.  Mahu tidak mahu, saya tidak mempunyai pilihan. Saya terpaksa bertutur dalam Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi walaupun mula-mulanya Bahasa Inggeris yang saya gunakan "BROKEN".

Cadangan saya di sini, untuk memperkasa Bahasa Inggeris, tidak salah rasanya jika kertas Bahasa Inggeris UPSR, PMR dan SPM digubal mengikut format MUET atau Malaysian University English Test mengikut level masing-masing. Kalau diperingkat UPSR, gunakan pendekatan yang lebih mudah. Begitu juga yang seterusnya.

MUET mengandungi 4 kertas iaitu "reading", "listening", "speaking" dan "writting".  Calon-calon MUET dipaksa bekerja keras untuk mendapat keputusan yang baik sekurang-kurangnya Band 3. Rasanya kalau diperingkat UPSR, PMR dan SPM, tak perlulah diwujudkan Band 1 hingga Band 6. Cukuplah dengan gred asal A+ dan ke bawah bagi memastikan sekurang-kurangnya pelajar dapat berkomunikasi, mendengar, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan yakin walaupun  Bahsa Inggerisnya masih lagi "BROKEN". Barulah Bahasa Inggeris dapat diperkasa dengan membentuk keyakinan para pelajar terlebih dahulu untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Sekurang-kurang Bahasa Inggeris mereka pun improve walaupun tidak mendapat gred yang cemerlang seterusnya melayakkan mereka mendapat sijil SPM. Keadah ini rasanya lebih berkesan kalau dibandingkan dengan pelaksanaan PPSMI dan juga ujian lisan Bahasa Inggeris yang hanya memerlukan para pelajar menghafal skrip seperti yang dilaksanakan sekarang.

p/s: sekadar pendapat dan cadangan.

Thursday, November 3, 2011

CINTA MUKA BUKU

*Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku*

Dah kenal, jatuh cinta...
Buku mana?
Harap-harapnya "kitab suci"

Kalau setiap hari kita sempat log in muka buku aslo known as Facebook, luangkanlah sedikit masa untuk kita log in kitab suci al-Quran. Insya'Allah kita jatuh cinta di kitab suci dengan sang pencipta. Tak perlu lama-lama macam kita log in Facebook tapi memadai 10 minit setiap hari. :-)

p/s: Rajin-rajinlah log in al-Quran kat rumah ye dan jangan dibiar ia berdebu. Ingatan untuk diri sendiri juga

Tuesday, November 1, 2011

MY FUTURE PLAN

p/s: bagi yang tertanya-tanya, apakah perancangan masa hadapan saya.. saya cuba rungkaikan di sini..

Honestly, I suggest to do my own bussines as a tailor. Seriously I'm thinking, tak boleh bergantung hidup "makan gaji". Nowadays a lot of unemployment issues and there is no end. If I was a post graduate student, belum tentu saya dapat menyaingi pesaing saya. Hanya berbekalkan pointer tinggi? Itu hanyalah keputusan yang boleh dicatat di atas kertas sahaja yang belum tentu menjamin kerjaya yang bagus, gaji dan jawatan yang tinggi. Nampaknya mahasiswa/i tak ada pilihan. Berbekalkan sedikit ilmu dan simpanan yang ada, Insya'Allah my dreams will be come true as soon as possible.

Ada juga yang tanya, what do you want to do with your money or income? Of coz, saya nak selesaikan semua hutang-hutang espcially PTPTN. Dalam 1 hadith ada menyatakan, 3 perkara kita perlu segerakan di dunia ini iaitu menunaikan solat, membayar hutang dan mengebumikan mayat. Perkara-perkara yang kurang penting macam beli kereta, rumah saya ketepikan dulu. Saya berpendapat, kita penuhi dahulu tuntutan hadith tersebut. Saya gunakan dulu kenderaan yang ada (motor) dan duduk kat rumah mak dulu. Kalau boleh jaga mak dulu. Cukuplah perkara-perkara yang basic macam makanan dan modal perniagaan sahaja. Kalau ada lebih income, simpan dulu. Soal pembelian rumah akan dibincangkan bersama bakal suami kalau ada jodoh nanti.

Macam mana nak kembangkan duit or income? Yang ini soalan cepu gangsa tahap degree plus master. Katakan kita buat simpanan RM100 sebulan, then Allah bagi rezeki lebih, tiba-tiba kita boleh buat simpanan RM10 000 sebulan, confirm saya nak masuk dan buat pelaburan emas. Hahaha.. saya berangan banyak kan? Tapi betullahkan. Emas makin hari makin naik harganya. Insya'Allah tak rugi melabur emas. So many things dalam kepala saya.. Huhu..

Friday, October 21, 2011

AKU SUDAH BERTUNANG

p/s: masih lagi dalam mood berjiwang-jiwang.. like like like..

Cincin lambang pertunangan

"Kau dah tunang? Kenapa tak bagi tau? Kecik hati aku. Kitakan kawan dari kecik.."

Ok.. masyarakat kita sinonim sangat dengan pertanyaan macam kat atas tu kan? Untuk menjawab soalan kat atas tu lets me describe first maksud bertunang.

Bertunang dari segi bahasa adalah perjanjian peribadi. Bertunang dalam konteks lainnya ialah perjanjian peribadi yang persetujui oleh pihak perempuan dan lelaki yang hanya melibatkan urusan keluarga kedua-dua belah pihak. 

Berbalik pada persoalan tadi, ingin saya tegaskan di sini bertunang itu ialah perjanjian peribadi yang hanya melibatkan urusan keluraga. So, kita tak nampak kepentingan pihak-pihak lain untuk diundang. Kalau diundang pun biasanya atas budi bicara yang empunya diri.

Rasulullah bersabda:
Rahsiakanlah pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan
(al-Hadith)

Dalam Islam, bertunang itu tidak perlu dihebahkan bagi melindungi maruah pihak perempuan terutamanya jika pertunangan itu nanti tidak sampai ke jinjang pelamin atas sebab-sebab tertentu. Dan pihak lelaki pula perlu menutup aib dan tidak menceritakan kelemahan  pihak perempuan dan begitu juga sebaliknya (jika ada) yang menyebabkan pertunangan itu tidak dapat diteruskan.

Tapi apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ini adalah sebaliknya. Majlis bertunang dilangsungkan bagai menyambut hari perkahwinan beserta pelamin. Islam melarang penganutnya berlebih-lebihan (membazir) dalam sesuatu perkara sebaliknya menuntut kesederhanaan. Jadi, renung-renungkanlah.

Hakikat kehidupan, sememangnya kita telah bertunang dengan kematian. Ini adalah perjanjian kita dengan Allah s.w.t sejak dari Lauhul Mahfudz lagi. "Kelahiran kita di dunia hanya dengan izin Allah, tetapi kematian itu pasti. Jika ditanya, "bilakah kamu nak bertunang? Umur dah lanjut tu. Tak ada calon ke?" Jawablah dengan yakin bahawa "aku sudah bertunang dengan kematian yang sememangnya Allah telah janjikan buatku." ( ^__^ )

Semoga kita mengambil ibrah (pengajaran) terhadap kematian yang terdahulu dan bersedia dengan pertunangan yang sememangnya pasti. Moga jannah menjadi singgahsana di alam sana. Amin. Maaf kalau tajuk entry ni agak sensasi.

Wednesday, October 19, 2011

CINTAN CINTUN

p/s: mood nak berjiwang-jiwang.. hahaha.. jgn marah.


Ok.. biasanya kawan-kawan tanya, dah ada yang empunya ke? My answer is simple. "I'm single". How to describe here r? Rasanya saya macam tak layak untuk suka seseorang (lelaki).  Sungguh saya malu apabila menyentuh bab ini. Tak tahu kenapa waima perkara ini tidak salah untuk dibicarakan. Siapalah saya untuk suka atau cintan-cintun dengan lelaki. Kalau boleh, biarlah lelaki yang sukakan saya. Bukan saya yang tersua-sua sukakan lelaki. Huhuhu.. Bunyinya macam jual mahal ye tak? Tapi saya tak bermaksud macam tu. Complicated? Harap yang baca entry ni faham maksud saya.

Kalau saya ada "boyfriend" pun saya tak berani nak declare he is my future husband or husband to be. Macam nak booking-booking tu tak berani. Huhu.. Siapalah kita nak tentukan semua ini melainkan Allah. Kalau boleh kita jaga dulu urusan kita dengan Allah then Allah akan atur dan mudahkan urusan kita termasuklah urusan jodoh. Ada masanya, kita sendiri tidak sedar apakah yang kita rasa? Siapakah yang kita cinta? Segalanya milik Allah dan bila Dia titipkan rasa itu dihati kita, biar siapapun yang tercipta untuk kita, relakanlah diri menjadi miliknya. ( ^__^ )



Kata cerdik pandai, "jika sayangkan seseorang setialah padanya walaupun dia tak tahu yang kita sayangkan dirinya. Sekiranya dia memilih orang lain dan bukan diri kita, terimalah hakikat bahawa dia juga berhak bahagia walaupun bukan dengan kita. Sekiranya dia juga sayangkan kita, tak perlulah kita luahkan dengan kata-kata kerana dia mungkin boleh baca dengan hanya bicara mata." Tapi untuk yang bergelar lelaki, janganlah ambik kata-kata ni. Nanti melepas pulak. Hahaha..

Pesanan ini khas untuk bakal suami saya yang saya sendiri masih lagi tak tahu siapa:


"Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukanlah mencari dirimu, tetapi mensolehahkan diriku.  Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku dan ayah dari anak-anakku engkau yang akan menyertai perjalananku nanti. Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak."

Saya tak mengharapkan akhlakmu seindah Muhammad kerana diriku tak sehebat Siti Khadijah.
Saya juga tak mengharapkan dirimu setampan Yusuf kerana diri ini tak secantik Zulaikha.
Saya tak mengharapkan kamu sehebat Sulaiman kerana diriku tak sesetia Balqis.
Ketahuilah diriku tak setabah srikandi Islam zaman silam, seperti Zinnirah yang mengorbankan matanya demi akidah mahupun  Sumaiyyah yang bertarung nyawa.
   Saya hanyalah wanita biasa.
Apa yang saya harapkan adalah kita jalani hidup sebagai hamba Allah yang diredhai-Nya bersama.

Amin...


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, iaitu kerana kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaanya. Nescaya beruntunglah kedua belah tanganmu"
(Hadith riwayat Muslim & Bukhari)

Sunday, October 16, 2011

MARI IKUT SUNNAH


"Aku tinggalkan kepada umatku 2 perkara supaya mereka tidak sesat iaitu al-Quran dan as-Sunnah"
(al-Hadith)

Jadi, saya mengajak diri saya dan kawan-kawan yang sudi singgah ke blog ini untuk mengamalkan sunnah Rasulullah. Sebenarnya banyak lagi sunnah Rasullah yang lain tapi kita terlepas pandang. Kalau kita tak mampu amalkan sunnah yang lain, sunnah yang kecil-kecil ini boleh kita amalkan bersama macam kartun kat atas tu :-)

Tapi yang sunnah yang paling senang adalah senyum. Mungkin kita tak mampu membantu orang lain untuk menikmati kesenangan tapi cukuplah kita mampu tersenyum, menggembirakan hati orang lain dan tidak menyusahkan orang lain. Ok, senangkan sunnah nabi kita.. Jom kita amalkan.

Wednesday, October 12, 2011

3 TOUGH QUESTIONS

p/s: Animasi ini saya perolehi daripada facebook Ustaz Zamri. Saya cuma share sahaja. Insya'Allah, semoga dengan adanya hiburan mendidik jiwa ini, kita dapat manfaat bersama. Amin. Hayati mesej sebenarnya ye. :-) Harapnya, banyak lagi animasi sebegini diterbitkan.



Tuesday, October 11, 2011

BAYAR PTPTN GUNA CIMB CLICKS

Malas nak beratur kat kaunter? Kaunter sesak dengan orang ramai? Jalan jem atau kita tak banyak masa untuk ke kaunter-kaunter bank. Hari ni aku nak share cara-cara  bayar balik PTPTN melalui CIMB Clikcs.. Boleh juga bayar guna Maybank2U. Cuma paparan dan stepnya aje yang beza sikit.

Senang aje, asalkan ada butir-butir yang diperlukan. Cara-caranya ialah login CIMB Clicks account. Lepas tu pilih option "Pay Bills".. Untuk colums, pilih "Payment to", sila cari dalam drop down menu atas nama "PTPTN-Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan". Lagi, kena masukkan No.i.c dan No. surat tawaran. Yang No. surat tawaran ni, boleh rujuk surat tawaran yang masa mula-mula kita nak pinjam dengan PTPTN dulu. Ada lagi tak? Ke "offer letter" dah hilang? hehehe.. jangan risau.. Boleh pergi ke laman web PTPTN, ada ruang pertanyaan dan maklumbalas. Tanya je kat situ. Akan dapat jawapannya dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.

So, lepas dah dapat No. surat tawaran ni, bolehlah bayar terus melalui CIMB Clicks.




Mudahkan? Nak lagi mudah sebab nak bayar every month, bolehlah masukkan PTPTN ni dalam favourite list. So, tak payah nak tunggu Request TAC lama-lama setiap kali nak buat bayaran. huhuhu.. Just share, what i know..  sharing is caring.

Monday, October 3, 2011

SRIKANDI CEKAL

PN. AZLINA BINTI NGADENI

p/s: Ketabahan srikandi ini telah membuka hati saya untuk menghantar satu entry khas buat beliau. Tapi hanya ringkasan aje tau.. hehehe.. tak semuanya diceritakan..

Dilahirkan pada 8 Jun 1976, mendapat pendidikan awal di Sek Keb Seri Kemajuan. Kemudian meneruskan pengajiannya di SMK Tun Ismail sehingga berjaya menempatkan dirinya di sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak asing bagi kita, Universiti Teknologi Malaysia. Kegigihan dan kecekalan hati wanita ini, membuka mata dan hati saya bahawa setiap dugaan dan kesukaran yang dihadapi akan membuahkan hasil sekiranya kita sedar "Usaha tangga kejayaan" di samping percaya qada' dan qadar Tuhan.

Di sebalik senyuman wanita ini, terdapat pahit manis dalam kehidupan silamnya sebelum beliau berjaya. Sejarah hidupnya bermula apabila beliau kehilangan ibu tercinta  pada tahun 1989. Beliau membesar bersama 3 lagi saudara perempuannya dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang kakak dan juga ibu. Waima pernah diherdik dan dicaci oleh ibu tirinya, beliau berjaya membuktikan cercaan dan makian bukanlah tembok penghalang untuk ke menara gading. Namun langit tak selalunya cerah. Beliau pernah dibuang dari pengajiannya dan seterusnya merayu untuk menyambung kembali pengajiannya. 6 tahun bergelumang dengan kehidupan siswazah, akhirnya beliau berjaya mendapatkan segulung ijazah pada tahun 2001. Pernah bekerja di sekitar Kuala Lumpur dan W.P Labuan selama 2 tahun.

Selamat mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan kini dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel lagi petah berkata-kata. Kini beliau bergelar bisnes woman berjaya walaupun hanya di rumah. Menjual loli choc dan pelbagai kuih-muih sehingga mendapat tempahan di Korea.

Kata cerdik pandai, kita memang sentiasa mengaharap langit agar panas sampai ke petang tetapi kadangkala  gerimis melanda di tengah hari. Tapi percayalah, pelangi tak pernah lupa menjelmakan dirinya setiap kali gerimis mengundang. Begitulah juga dengan usaha kita dalam hidup ini. Penuh dengan dugaan dan cabaran. Jika berjaya kita tempuhi, hasilnya pasti seindah warna pelangi.

Semoga kecekalan hati wanita ini mampu kita contohi untuk berjaya dalam apa-apa pun yang kita lakukan. Amin.. :-D

Sunday, October 2, 2011

TERAPKAN JIWA PENDIDIK


Beberapa bulan yang lalu, saya sempat membaca keratan akhbar yang menyatakan kelayakan menjadi tenaga pengajar di insitusi pengajian tinggi atau pensyarah perlu memiliki PHD. Bermakna, yang ada "master" kena "upgrade" ambik PHD. Tapi negara kita masih kekurangan tenaga pengajar atau pensyarah yang memegang kelayakan PHD. Jadi, insitusi pengajian tinggi yang ada di negara ini akan mengambil tenaga pengajar asing yang memiliki PHD. Namun perkara ini masih lagi dalam kajian.

Walau bagaimanapun, secara peribadi saya berpendapat memiliki kelayakan tertinggi dalam bidang akademik tidak semestinya mempunyai jiwa pendidik dan bukan semua boleh mendidik.Kalau kita ambil tenaga pengajar asing yang memegang PHD, banyaklah kes pengangguran. Rasanya ramai lagi warganegara kita ini berhasrat untuk menjadi pensyarah. Tapi janganlah terlalu memilih ke mana dan di mana tempat anda ditugaskan. Tidak salah rasanya jika pensyarah yang ada hari ini hanya pemegang "master" untuk mengajar tetapi memiliki karisma yang tersendiri untuk menjadi warga pendidik yang berkualiti.

Kalau seseorang ingin menjadi guru di sebuah sekolah menegah mahupun sekolah rendah perlu melalui ujian bertulis dan temuduga, diikuti dengan kursus-kursus yang dianjurkan bagi menerapkan jiwa pendidik dalam diri seorang guru, tidak salah rasanya jika pensyarah perlu mengikuti latihan ataupun kursus untuk menjadi warga pendidik yang berkualiti di insitusi pengajian tinggi di negara kita sekali gus menerapkan nilai dan jiwa pendidik dalam diri mereka.

Tenaga pengajar yang mempunyai jiwa pendidik, mereka tidak seharusnya membiarkan pelajar "tidur" di dalam kelas atau ponteng kelas.  Kalau students tidur dalam kelas, adalah tu something was not right. Sama ada students memang tak nak belajar ataupun kaedah mengajar itu yang membosankan. huhuhu.. think about it. Walaupun sistem IPT hari ini 80% is depend to the student and 20% lagi bergantung kepada tenaga pengajar, tetapi bagi individu yang memiliki jiwa pendidik tidak akan membiarkan pelajar-pelajarnya sambil lewa. Pelajar berkualiti, tenaga pengajar pun berkualiti. Isn't?


Saturday, October 1, 2011

ULAT

Perjalanan aku bermula dari Labuan ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia bersama ibu tercinta setelah selesai segala urusan di kampus. Maklumlah nak pindah study kat semenanjung je.

SETIBANYA DI KUALA LUMPUR: Pukul 1.00 tengahari

Kami nak balik Johor dengan perkhidmatan bas. I suggest nak naik bas KKKL, S&S I dan mana-mana bas ekspress yang sah kat bas station Puduraya.

Terkejut juga dengan perkhidmatan bas kat LCCT ke Puduraya. Ingatkan mereka hantar ke bas station. Rupa-rupanya mereka hantar aku kat tengah-tengah bandar Puduraya. Apa yang berlaku kat sini, bas-bas "gelap" ataupun istilah lainnya "haram" banyak beroperasi kat tengah-tengah bandar ni. Tak ada pun bas-bas ekspress yang sah kat sini.

Huh!!!  ( = . = )"

Setakat bas "haram" tu aku boleh terima lagi. Biasalah orang nak cari duit. "Matlamat tak menghalalkan cara". Am I right? Tapi aku benggang betul dengan ulat-ulat tiket ni. Setakat nak cari customer tu biasalahkan macam minta upah dan sebagainya. Tapi ulat-ulat tiket ni, punyalah kurang sopan layan customer. Semua muka "dia orang" macam gengster nak belasah orang atau lebih tepat lagi geng peras ugut.

Aiiyoo.. Ini macam ka service pada customer. Dah lah "haram". Budi bahasa tak ada. Nak charge lebih pun mintalah cara baik. Harga tiket tulis RM31 tapi jual RM35. Tu aku tak kisah sangat. Finelah dia orang nak kutip untung. Kalau aku jadi "ulat" macam mereka, baik aku tulis harga tiket RM35. Nak ambik untung RM4, customer tak tahu. Betul tak?? hahaha.. Tak profesional sungguh dia orang ni. "Terror" lagi aku.

Tapi "ulat" yang jual tiket kat aku tu memang "ulat bulu". Gatal miang keladi. Dah lah tua, tak sedar diri pulak tu. Bolehnya dia minta no hp aku dengan mak aku. Siap panggil kami "sayang". That's fine sebab aku jawab tak de hp.. hahahaha.. Lepas tu dia pegang bagasi aku and then belek-belek tax name kat bagasi aku. Apa lagi, aku hangin la!! Aku tarik bagasi aku tu. Mujur aku tak hempap dia dengan bagasi besar aku.. hahaha.. Dah lah sau bas yang kami naik tu dipenuhi dengan warga asing. Rasa betul-betul terancam dan tak selamat memandangkan kami sahaja perempuan dan  bertaraf warganegara. Nasib baik aku berdua dengan mak. Kalau aku seorang, memang aku naik flight je ke Johor walaupun flight pukul 10 malam. Huh!! Bertambah benggang.

I hate this situation. Rasa tertipu dengan perkhidmatan bas kat LCCT. Mereka sepatutnya bagi perkhidmatan yang baik dan betul pada customer. Bukan tipu-tipu. Keselamatan customer tu penting. Kalau apa-apa terjadi pada customer, siapa nak bertanggungjawab?? "Customer is always right". Ingat tu...!!!

Aku serik dengan perkhidmatan bas yang mereka sediakan. Lepas ni, kalau disuruh naik bas dari LCCT ke Johor, aku tak nak. I prefer, ambik flight dari LCCT ke SENAI je yang macam selalu aku buat. Sampai sekarang aku geram sangat-sangat!!!!

Friday, September 2, 2011

KAYA

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin..

Pagi tadi, terdengar sembang-sembang kat radio. Topiknya, kalau anda kaya, apa yang anda hajat dan impikan.. Hehe ramai yang jawab nak bantu orang yang memerlukan, nak taja itu dan ini dll. Bagus.. Alhamdulilah, ramai yang ada niat murni. Teruskan..

Tapi kalau saya yang ditanya begitu, jawapan saya hanya satu, iaitu TAKUT. Kenapa? Jeng jeng jeng..

1) Takut kena rompak dan bunuh macam jutawan kosmetik Dato' Susilawati. Nauzubilah. Minta-minta dijauhkan.

2) Takut tak dapat tunaikan janji nak taja itu dan ini. Bantu orang yang memerlukan. Sebab bila dah kaya, kita akan jadi busy. Prinsip bertukar jadi everything is money.

3) Takut lupa diri. Bila lupa diri ni faham-fahamlahkan. Diri sendiri pun dilupakan, so macam mana nak ingat tuhankan?

Rasanya itu aje kot. Walaupun kaya itu salah satu cara untuk Allah uji hamba-Nya tapi saya sangat takut bila diuji dengan kekayaan.

Wednesday, August 10, 2011

PELIKNYA?

Nak tahu tak apa yang pelik? Ok, baca dialog ni. Tapi ni bukan cerita sebenar. Cuma situasi macam ni banyak berlaku.

*******

Cik Kiah: Kau belajar ambik course apa? Kau ambik ijazahkan?

Aku: Yup. Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam.

Cik Kiah: Ooh.

Aku: Ija ada kat rumah mak cik? Lama tak jumpa dia.

Cik Kiah: Ada. Baru balik dari kampus semalam.

Aku: Oo ye ke? Kirim salam kat dia ye. Hehe nak jalan-jalan jenguk dia tak sempat. Cuti semester tak serentak.

Cik Kiah: Hehe. Nak buat macam manakan. Kau kat IPTA. Dia kat private collage. Private collage dengan IPTA cutinya masing-masing. Kau ambik degree. Dia ambik diploma.

Aku: Hehe.. rezeki masing-masing mak cik. Tak kisahlah ambik apa-apa pun. Yang pentingnya niat nak belajar tu ada.

Cik Kiah: Tapi aku nak tengok, sapalah antara kau orang ni yang paling bagus dapat kerja.

Aku: Terdiam je.

*******
Ha.. pelik tak? Ad juga yang masih berfahaman begitu ye.

Nak storylah sikit kat sini, kalau kita study kat menara gading semata-mata nak dapat kerja yang bagus tu memanglah tak salah. Tapi kita kena ingat, mempunyai kelayakan akademik hanyalah satu tiket untuk kita kejar cita-cita mendapat pekerjaan yang bagus bukannya satu jaminan. Saya tegaskan di sini, hanya TIKET tetapi bukan JAMINAN!!

Dewasa ini, menuntut ilmu di menara gading  kerana ingin menjadi insan berilmu bukan kerana KERJA. Bahkan hukum menuntut ilmu adalah fardhu.

Hadith Rasulullah s.a.w:
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap muslim, baik lelaki mahupun wanita"
(Hadith riwayat Ibn Abdulbari)

"Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China"
(al-Hadith)

Jelaslah di sini kita memang dituntut mencari ilmu dan menjadi insan berilmu. Menuntut ilmu bukan untuk mengejar pangkat dan kedudukan tetapi memenuhi tuntutan agama. Walaupun tidak sejauh ke negeri China kita menuntut ilmu, sekurang-kurangnya niat kita menutut ilmu di menara gading itu ikhlas. ( ^__^ )

Jadi betulkanlah tanggapan itu ye.. Ingat, Ilmu itu sebagai teman. Kedudukan dan pangkat itu sebagai hiasan.

p/s: Entry ini mengajar diri aku sendiri supaya tidak bersifat angkuh.

Monday, August 8, 2011

WORK WORK WORK!!! part 2

p/s: Ini sambungan entry WORK WORK WORK!!!

Alhamdulilah.. berkat memahami konsep tawakal yang sebenar, akhirnya saya sudahpun bekerja semula di kedai jahit mak cik saya sendiri.  Hehehe.. Saya ditugaskan menjahit baju "customer" mak cik saya. Tapi seni jahitan tangan. Macam jahitan tulang belut, silang pangkah, sembat dll...

Haa.. ni harga standardnya..

Tulang belut 1 helai = RM10
Silang pangkah 1 helai = RM2

Tapi tak kisahlah mak cik saya nak bagi gaji saya berapa. As long as, saya ada kerja dan ada peluang up grade kualiti jahitan saya. huhu..  Still in learning process. Lagipun saya memang suka menjahit. Yang penting hasilnya cantik dan memuaskan. One more thing, bisnes partner mak cik saya pun dah suruh saya menjahit.. Alhamdulilah..

Itulah pentingnya tawakal. Rezeki ada di mana-mana. Janganlah kerana rezeki sedikit yang Tuhan dah bagi, kita lupa pada Tuhan.

Tuesday, August 2, 2011

TANAH KUBUR

p/s: Entry ni agak panjang dan jangan takut dengan tajuknya.. hehehe.. Sila baca apa-apa ayat yang patut kalau anda ada lemah jantung dan sakit-sakit kronik.. :-)


Sempena bulan Ramadan yang berkah ini pasti ramai yang mengambil kesempatan dan peluang menziarahi pusara insan tercinta yang telah meninggalkan kita. Alhamdulilah.. Bagus tu..

Tapi sedih jugalah. Ada juga yang sibuk bekerja dan langsung tidak mempunyai masa untuk menziarahi pusara insan tercinta SEHINGGALAH TERDAPAT DIALOG ANTARA IBU DAN ANAKNYA YANG BERUSIA  4 TAHUN:

******
Anak: Ibu, kenapa nenek ditinggalkan di rumah kecil hari tu?

Ibu: Rumah kecil itu khusus untuk orang yang telah meninggal dunia.

Anak: Ooh begitu. Bila kita akan pergi melawat rumah kecil nenek lagi ye ibu?

Ibu: Bila ibu ada masa nanti, kita jenguk lagi rumah kecil nenek, ye.. Sekarang ni, ibu tak ada masa. Kerja membataskan waktu untuk kita ziarah ke sana.

Anak: Baiklah ibu. Tapi kesian nenek ye ibu. Sorang-sorang kat sana. Tak ada sapa-sapa nak bagi makan dan minum. Mesti nenek laparkan ibu? Rumah kecil nenek mesti gelap dan sempit.

Si ibu hanya tersenyum dan hanya mampu berdiam diri kerana tidak mampu menjawab soalan yang diajukan oleh si anak yang masih tidak memahami erti kehidupan selepas mati.

******

Menurut pandangan saya yang masih kurang ilmu pengetahuan, seharusnya si ibu menjawab begini:

"Nenek tak perlukan makanan ataupun minuman anakku. Nenek hanya perlukan doa, ayat-ayat suci al-Quran dan amalan-amalan soleh yang lain sebagai hadiah untuk kehidupannya di sana. Jadi rajin-rajinlah berdoa untuk nenek ye. Ingat satu hari nanti, ibu juga akan menyusul nenek. Waktu tu, jangan lupa doakan ibu wahai anakku kerana ibu dah tak mampu nak buat amal-amal soleh lagi untuk menerangi rumah kecil ibu"....

Jika anda ingin memupuk anak-anak anda sentiasa mendoakan anda, seringkalilah bawa anak-anak anda ke pusara keluarga anda dan doakanlah mereka. Insya'Allah, anak-anak anda tidak lupa untuk mendoakan anda sewaktu anda masih hidup dan setelah anda meninggal dunia. Budaya ziarah ke pusara dan mendoakan orang lain perlu dipupuk dan bukannya hanya mengharapkannya sahaja...

p/s: Entry ni juga untuk ingatan diri sendiri. Al-Fatihah untuk keluargaku yang telah meninggalkan dunia ini..

Saturday, July 30, 2011

RAMADAN


Ramadan bakal menjengah kembali tahun ini. Tinggal 2 hari sahaja lagi.
Sudah menjadi rutin, menziarahi pusara ayah tercinta. Istimewanya, saya sediakan bunga rampai ini sendiri. Cantik tak?  :-)

Namun, bukan bunga rampai ini yang ingin saya kongsikan dalam entry saya kali ini. Setiap kali Ramadan menjelma, saya dan ibu berasa sebak memandangkan pemergian ayah tercinta pada bulan Ramadan sejak 2 tahun yang lalu.

Menginsafi diri, mungkinkah Ramadan ini Ramadan terakhir buat kami? Atau kami masih berpeluang bertemu Ramadan, tahun yang berikutnya... 


Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Dilipatan seni mehna Illahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat terawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Pengikat hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan anggota
Puasa biasa hanya melawan
Lapar dan dahaga
Lalu dimanakah puasa kita
Adakah masih ditahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa dan duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir bertasbih
Terasa kita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan pada-Nya segala takdir

Friday, July 22, 2011

WORK WORK WORK!!!

Salam..


Beberapa hari yang lepas, saya ada terbaca salah satu entry di blog sepupu saya yang bertajuk "Dengan Siapa Kita Bertawakal"


begini entrynya..

****


“Engkau percaya rezeki itu daripada siapa?” tanya sahabat saya ketika sedang enak-enak menikmati nasi lemak dan milo ‘O’ panas di Kampung Baru.
“Tentulah dari Allah,” balas saya yakin.
“Aku nak kau berhenti kerja esok, boleh?”
“Gila apa kau? Bagaimana aku hendak beri anak bini aku makan?” cepat-cepat saya meningkah saranannya. Ada senyuman sinis di wajahnya.
“Jadi sekarang kau sebenarnya percaya rezeki itu daripada Allah atau majikan kau?” sahabat saya menyambung pertanyaannya. Saya terdiam, mata rasa berpinar-pinar, jantung berdegup kencang dan terasa peluh memercik di dahi.
“Ini soal akidah,” bisik hati ini.
“Kalau engkau percaya rezeki itu daripada Allah, apapun yang terjadi atau apapun yang hendak engkau buat, pergantungannya adalah kepada Allah bukan kepada apa-apa perantara. Majikan atau sesiapa sahaja adalah perantara sahaja,” sambung sahabat saya itu lagi melihatkan saya terdiam lama.
Pertemuan kami pagi itu yang pada asalnya adalah untuk bertanya khabar selepas lama tidak bertemu menjadi perbualan mencambah pemikiran tentang hakikat rezeki, perubahan sikap dan berani menghadapi risiko.
Saya juga kini mula menyemak semula hakikat tawakal yang sebenar.


Credit to Sunardi Maulan

*****

Jadi, apa kaitannya dengan entry saya kali ini? Erm sebenarnya saya sudah bekerja di sebuah kedai kasut di pekan berhampiran dengan tempat tinggal saya. Alhamdulilah, pengalaman kali pertama bekerja untuk mencari rezeki memang menyoronokkan. Sepanjang 22 tahun bergelar penuntut, saya memang tidak pernah bekerja. Sedikit sebanyak, mengajar saya menghargai setiap pekerjaan yang dilakukan orang lain kerana setiap orang di muka bumi ini pasti menjalankan tugasnya masing-masing. Bukan sewenang-wenangnya memandang rendah terhadap tugas mereka walaupun hanya sebagai "cleaner".

Berbalik kepada konsep tawakal tadi, saya bekerja bermula dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Waktu rehat diperuntukan selama 1 jam sahaja dari 2.30 petang hingga 3.30 petang. Alhamdulilah syukur, ada waktu yang diperuntukan untuk saya solat zohor. Namun apa yang menyedihkan, tiada peruntukkan waktu yang diberikan untuk saya solat asar bagi memenuhi tuntutan seorang muslimah. Cukuplah dengan tiada bilik solat yang disediakan untuk staff di sana. Setiap kali saya ingin solat zohor, saya menumpang di sebuah kedai baju yang berhampiran dengan tempat saya bekerja. Namun untuk solat asar, saya terpaksa menunaikannya di akhir waktu (jam 7 petang setalah saya pulang) di sebuah koperasi berhampiran. Jadi bagaimana nanti jika waktu magrib masuk pada jam 7 petang?

Walaupun rezeki yang dicari halal, namun di manakah keberkatannya? Solat di akhir waktu dan rakan sejawat tidak pernah menunaikan solat. Jadi kesimpulannya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan daripada saya menanggung menunaikan solat di akhir waktu. Rezeki ada di mana-mana. Sesungguhnya saya serahkan semuanya kepada Allah kerana saya percaya rezeki itu datang dari Allah, ada di mana-mana sahaja. Tawakal kepada Allah.. Because Allah is always by your side... 


p/s: Insya'Allah saya cuba memahami konsep tawakal yang sebenar dan cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Tuesday, July 12, 2011

KETUK-KETUK DAPUR

Ikan Kapak Masak Singgang

Salam....

Saya tunjukan gambar di atas bukanlah nak berkongsi resepi masakan. Rasanya dah ramai yang tahu cara nak masak singgang ni. Tapi cuma nak share cerita aje.. hehehe.. 

Tak dinafikan, ikan tersebut memang saya yang masak. Actually saya memang suka memasak, lagi-lagi kalau ada yang sudi makan masakan saya. Kepuasan terasa bila ada orang yang sudi makan masakan kita. Rasa macam dihargai... Walaupun sebenarnya masakan kita tu tak seberapa dan tak la special bertaraf hotel.. huhuhu.. Rasa happy sangat-sangat bila family makan masakan kita dan tak complain apa-apa..

Walaupun saya suka masak, actually saya jarang sangat kat dapur taw sebab malas. Hehehe jangan marah.. Sesekali je saya akan turun ke dapur then masak. Kalau kat rumah sendiri, selalunya mak sayalah yang masak. Kat rumah saya, cuma ada saya dan mak aje. Jadi nak makan masakan sendiri tu malas. Macam tak seronok je. Lebih suka air tangan mak.. huhu bila lagi nak manja-manja dengan mak... ye tak???

Tapi kalau saya kat rumah nenek, saya memang suka masak. Sebab ada je orang yang nak makan masakan saya..huhu.. tak kisahlah masak apa pun. Maklumlah kat rumah nenek, ada 2 orang pak cik dan mak cik, then ada 3 orang sepupu saya. Dia orang la yang makan masakan saya... huhuhuhu happynya!!! Rasa seronok nak masak tu makin bertambah-tambah. 

Then saya pun suka tengok-tengok resepi kat internet.. wahaha.. Ketara sangatkan jarang masuk dapur. Bukan apa, kalau tengok resepi kat internet, adalah sukatan-sukatan tertentu bila nak masak. Macam berapa sudu,ulas, gram dan macam-macam lagilah. Saya tak confident nak masak macam tu aje.. Takut tak cukup rasa rempah ratusnya. hehehe..

Ok!! tu aje untuk hari ni... huhu klisenya la entry saya kali ni.. ( ^___^ ) Untuk bakal "cik abang" jangan marah ye. Insya'Allah saya masak kalau kita berumah tangga nanti. Don't worry. Harap-harap bakal mak mertua tak reject saya.. ngeeeeeeeeeee.. hehehe..

Monday, July 11, 2011

ISTIMEWA UNTUKMU

Hari ni 11 Julai iaitu tarikh lahir "Bentara Guru Mak Incik"hehehe.. Mak sayalah..
:-)  Anyway, saya tak ada apa-apa yang dapat saya bagi....
Cuma satu ucapan, "Happy Birthday mak..!!! Semoga panjang umur ditetapkan Iman".. huhu tu je kot..
I love you mom.. mmmuuahsss!!!
ISTIMEWA UNTUKMU...

Friday, July 8, 2011

DILEMAKU, REMAJA DAN PENUNTUT

Anda pernah lihat result exam sebegini?

SPM:
Bahasa Inggeris 8E
Bahasa Melayu 6C
Matematik 6C
Fizik 9G
Biologi 9G
Kimia 9G
Prinsip Akaun 7D
Add Math 9G
Pendidikan Islam 4B
Perdagangan 6C
Ekonomi 7D
|
|
|
|
|
STPM:
Pengajian Am D+
Bahasa Melayu C+
Sejarah D
Pengajian Perniagaan C-
Ekonomi C
Geografi D+


Saya percaya anda pernah melihat keputusan peperiksaan begini. Tak kiralah peringkat "midterm", percubaan mahupun keputusan peperiksaan sebenar. Anda "workhard" dan "struggle" lalu keputusannya seperti di atas?
JADI...


Pernah tak anda bertanya kepada orang yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan?Dan,apa jawapan mereka?
|
|
|
|
|
 Biasanya mereka jawab, "Saya study biasa-biasa aje. Tak adalah "struggle sangat". Tidur lewat malam dan bangun awal, itu bukan cara saya. Saya study 'last minit' je.. Baru ada feel dan masuk otak. Result pun Alhamdulilah, straight A's".



"Jadi, kenapa result kita tak bagus? Apa lebihnya "dia" dan apa kurangnya kita? Dia study biasa-biasa aje" 


"Pastinya soalan begitu yang bermain difikiran kita bukan?" Jawapan mereka peliklah? IQ mereka genius? Ye ke?.... Kelirunya...

?
???
??
?
Kesimpulannya, jangan percaya 100% apa yang mereka (orang berjaya) katakan kepada anda. Kadang-kadang, mereka tidak mahu orang lain tahu rahsia mereka "struggle". Dan kita pula disogokkan dengan kata-kata yang menyedapkan hati. INGAT...!! Setiap kejayaan pasti menuntut pengorbanan yang tinggi.

Tips:
1) Jangan lupa Tuhan
2) Beri tumpuan semasa guru mengajar
3) Carilah masa study yang sesuai
4) Pastikan suasana study kondusif iaitu selesa dan tenang
5) Pastikan maintain dengan usaha dan jangan last minit
6) Ingat, studylah cara yang "berkualiti". Bukan mengikut "kuantiti"

Bagaimana study yang berkualiti?

INGAT!! Homework is homework.. Study is study..
-Homework adalah tugasan untuk memahami sesuatu topik. Study adalah untuk kita MEMAHAMI dan MENGUASAI sesuatu topik.. Tak apa kalau tak ada jadual study.. Tapi kena konsistenlah.. Kalau ada jadual lagi bagus but make sure ikut jadual tu..

a) Kuasai sedikit demi sedikit sesuatu topik. 
-Sikit tak apa. Asalkan anda kuasai topik itu.

b) Jangan gopoh.
-Jangan fikirkan anda mahu kuasai topik yang banyak dan cepat. Study dengan kuantiti topik yang banyak, bukanlah cara yang efektif.

c) Do your mind map.
- Buat nota-nota ringkas contohnya peta minda sebagai rujukan. Nota mestilah:
i- ringkas
ii-mudah difahami
iii- kalau boleh, bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana saja
So, tak perlu nak belek buku yang tebal-tebal bila anda ingin mengulangkaji isi-isi yang penting. Bila cikgu bagi jawapan dalam soalan "exam", sila buat semula. Ulang dan ulang lagi...

d) Cintailah ilmu
-cubalah mencintai topik-topik yang anda ingin kuasai terlebih dahulu. Insya'Allah, anda dapat kuasainya.

So, don't give up. Make sure, you enjoy with your study. Insya'Allah, anda akan mendapat tidur yang cukup, rehat yang cukup jika anda sentiasa mengamalkannya.

Nak tahu tak, saya memang tak boleh tengok gagal dalam result exam saya. Kalau gagal juga, saya terus mengkaji di mana kelemahan saya. My result is not good enough but it's not bad. Boleh cari makan la..

Keep trying dan SELAMAT BERAMAL.. "USAHA HARI INI ADALAH UNTUK KEJAYAAN ESOK. KERANA USAHA HARI INI TIDAK AKAN MENAMPAKKAN HASILNYA HARI INI.." Inilah pesanan lecture saya...

p/s: entry ni bukan nak provoke sesiapa tapi inilah kenyataannya kn... sebenarnya tak ada TIPS yang spesifik untuk menjadi orang berjaya. Kuncinya hanya RAJIN dan SABAR. Tapi di sini, saya hanya kongsikan apa yang saya amalkan sepanjang saya bergelar penuntut. ( ^___^ )

Monday, July 4, 2011

RAMBUTAN KEGEMARANKU


Snap gambar dengan rambutan.. hehehe.. jangan jelous..
Al-maklumlah buah rambutan kat pokok kat rumah saya ni masak ranum.. Kesempatan macam ni la yang ditunggu-tunggu.. Jom menikmati keenakan rambutan ni.. Nyam nyam..
Bagilah saya 1 tong buah rambutan. Insya'Allah habis.. hehe...

UBAT OH UBAT

Setiap kali kita sakit, doktor atau sesiapa sekalipun akan suruh kita makan ubat. Yelah, ubat tu kan salah satu IKHTIAR untuk kita sembuh daripada sebarang penyakit yang datang. Tak salah untuk kita berusaha dan berikhtiar di samping bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan penyakit yang datang beransur sembuh dan seterusnya sembuh sepenuhnya.

Tapi saya ada masalah dengan ubat-ubatan berbentuk pil dan kapsul. Tak kiralah pil suplemen ke mahupun untuk penyembuhan penyakit. Sungguh saya bermasalah untuk "menelan" ubat-ubatan begini. Berilah air 1 tong sekalipun, ubat tak tertelan tapi perut kekenyangan sebab minum air terlalu banyak.


Oh tidak!!! Sungguh saya trauma bila melihat ubat-ubatan sebegini..
Apabila saya sakit atau demam, pasti ada saja alasan yang saya berikan kepada kawan-kawan untuk mengelak daripada memakan ubat-ubatan begini. Kalau demam, saya minum ubat-ubatan yang berbentuk cecair seperti soluber, adam sari dan sebagainya. Bukan ubat-ubatn dari KLINIK!!!

Hinggalah suatu hari, saya disahkan oleh doktor saya mempunyai masalah kesihatan dan perlu mengambil 2 biji pil. Pil tersebut memang WAJIB untuk saya makan. Akhirnya saya terpaksa berterus terang dengan doktor tersebut bahawa saya mempunyai masalah untuk menelan ubat-ubatan berbentuk pil dan kapsul. Akhirnya doktor tersebut TERPAKSA membantu saya untuk menelan pil tersebut dengan mendongakkan kepala saya.  OH SIKSANYA!! Rasa ingin muntah saja. Tapi dengan bantuannya, saya berjaya menelan pil tersebut. SUNGGUH MEMALUKAN!!! Dan hingga sekarang, jika saya mahu menelan pil, saya memerlukan bantuan. huhuhu.. :-)